Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik

Tetapi SSM akan ditambahbaik

1.Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam

2.Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%),Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)

3.SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320.
Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing

4.Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan

5.COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan

6.Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun

PANAS : SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Wednesday, March 7, 2012

NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing. “Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

“NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem ‘time base’ yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002,” katanya di sini, semalam.Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.

“Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.“NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini,” katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.

Monday, March 5, 2012

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Friday, March 2, 2012

Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?

Berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April.

Cuepacs pula mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012.

Apa yang PM mahu umumkan pada 19.3.2012 sedangkan SBPA hanya siap semakan pada awal April. ?????..

Monday, February 27, 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1


Wow...hebat. Sebuah lagi gajet keluaran samsung. Samsung Galaxy Note 10.1.

Spesifikasi

OS : ANDROID 4.0 ICE CREAM SANDWICH
PROCESSOR : 1.4 GH DUAL CORE
RAM : 1 GB
STORAGE : 64 GB

Memang tidak terkejar teknologi samsung. Saya sukakan gajet ini sebab ada s pen. Tapi saya sudah ada galaxy tab 10.1.
Kalau menarik saya akan trade ini gajet tab 10.1 dengan note 10.1.

Thursday, February 23, 2012

Najib bakal buat pengumuman adil, saksama bagi SSM, SBPA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam.