Friday, August 1, 2014

AZZA Homestay di Simpang Pulai @ Homestay in Ipoh, Perak

Assalamualaikum

Kami menyediakan rumah penginapan di Bandaraya Ipoh untuk percutian keluarga, seminar, kursus, kerja luar, rombongan perkahwinan dll.


Alamat :-

No.77, Jalan Pulai Jaya 2,
Bandar Pulai Jaya,
31300 Simpang Pulai, Ipoh
Perak

Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan:

Rumah Semi D 1 tingkat (3 bilik tidur )
2 Bilik Air
Set Sofa Ruang Tamu
Tilam, Bantal, Selimut, Sejadah, Telekung
Cerek
Periuk Nasi, Dapur memasak, Pinggan Mangkuk, Meja Makan
Peti Ais
Mesin Basuh
Seterika
Televisyen
Astro NJOI
Toto dan Bantal Tambahan

Keistimewaan:

LOKASI rumah amat strategik kerana berdekatan dengan:

1. RTC – Pusat Tranformasi Luar Bandar – terdapat MYDIN & AGROMALL Gopeng(8km)
2. Tol Simpang Pulai – 1 km
3. Politeknik Ungku Omar – 10 km
4. INTIM – 10 km
5. Pusat Bandaraya Ipoh – 10 km
6. Tesco & AEON (Station 18) – 10 km
7. Public Bank – 2 km
8. Lost World of Tambun
9. Simpang Ke CAMERON HIGHLAND
10. UITM Sri Iskandar - 30km
11. Berdekatan dengan stesen minyak.

Juga berhampiran Medan Selera,Pasar Malam (setiap sabtu), kedai dobi, farmasi, stesen minyak, cyber cafe,Klinik Kesihatan,ATM,7-eleven & etc.

Kadar sewa amat istimewa:

= RM 180.00 semalam

Deposit: RM50.00 semalam/RM100.00 untuk 2 malam dan seterusnya (untuk Lock Booking)

BAYARAN PENUH KETIKA MASUK

Check in: 3.00 PETANG

Check out: 12.00 TENGAHARI

Berminat~

Sila hubungi:

Azza Feroz - 013 – 595 8331

Normizah - 013 – 462 5821

E-mail : afazoref@yahoo.com.my

*Untuk Muslim shj.

Terima kasih memilih homestay kami.


AZZA Homestay di Simpang Pulai Address, Homestay in Ipoh, Perak, Malaysia


Contact Details


Tel No: 013-5958331 (Azza)

H/P No: 013-4625821 (Mizah),

Rate / Night* : RM 180.00


Address :
No.77
Jalan Pulai Jaya 2
Bandar Pulai Jaya
31300, Ipoh
Perak










SYARAT- SYARAT : 

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. 
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan.
5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.
7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi  kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
10. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
11. Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay.
12. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa jika perlu.
12. Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya 12.00 PM. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan.  
13. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (Kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).


Lokasi AZZA Homestay




Menarik Sekitar Ipoh

Antara destinasi pelancongan terkenal sekitar Ipoh dan yang hampir dengan Azza Homestay ialah Gua Tempurung di Gopeng, Kolam Renang Clearwater Santuary Resort, dan juga Kellie's Castle.

Anda juga mempunyai akses mudah untuk menuju ke Cameron Highlands jika bercadang untuk membeli sayuran segar ataupun bunga cantik tanpa perlu memikirkan tempat penginapan, kerana perjalanan ke Cameron Highlands dari Azza Homestay hanya kurang dari dua jam.

Anda juga boleh menuju ke destinasi-destinasi pelancongan yang lain yang terdapat di bandaraya Ipoh sendiri. Antaranya, Gerbang Malam, Pasar Karat, Taman Jepun, Muzium Jabatan Tanah dan Galian, Hotel Stesen, Taman Rekreasi Gunung Lang dan juga Tambun Lost World! Ada banyak lagi .... 

Jangan lupa mencuba pelbagai rasa makanan yang pelbagai, terutama original Ipoh White Coffee serta Nasi Kandar termasyur Ipoh - Nasi Kandar Wangge.



"SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA ANDA BERADA DI HOMESTAY KAMI"

*Rate / Night Subject To Changes W/o Prior Notice

Sunday, March 9, 2014

MEMPERMAINKAN ATAU DIPERMAINKAN

Fikiran buntu dan terasa dipermainkan..Pernahkah kita mengalami situasi berkenaan. Semua kata kata yg keluar hanyalah dusta dan berniat utk mempermainkan seseorang.

Apa rasa jika dipermainkan dan memainkan perasaan orang lain…

Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnya kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu.
 
Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang.
 

Sunday, March 2, 2014

Kepercayaan

Amanah yang dipikul jangan sesekali dilanggar. Kelak buruk padahnya. Kepercayaan yang diberi oleh seseorang juga wajib dijaga rapi tanpa menghebahkannya..
 
Sesekali kita mengkhianati kepercayaan yg diberikan kepada kita..selamanya tiada orang yang akan mempercayai kita lagi.
 
Menurut wikipidea...Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.
 
 

Saturday, March 1, 2014

Inflasi

Hmm...rendahnya nilai wang RM seketika ini..Beli barang keperluan di TESCO..troli  penuh dengan barangan tapi nilainya berjumlah hampir RM600..Harga barang semakin tinggi tetapi nilai wang semakin rendah..
 
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflas iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.
 
Cuba bayangkan orang yang bergaji RM1000 sebulan. Betapa peritnya kesan yang dirasai ketika ini. Yang bergaji RM 10,000 pun terasa bahang kenaikan harga barangan.
 
Bila difikirkan balik,,,apa yang kita makan hari ini adalah rezeki kita pada hari itu. Bersyukurlah apa yang kita ada. Manusia selalu merungut itu dan ini. Cuba melihat orang yang lebih susah daripada kita daripada kita melihat orang yang lebih senang daripada kita.
 
Barulah hidup kita aman dan tenteram.
 
 

Talam 2 Muka

Orang yang talam 2 muka selalunya tak tenteram emosi...selalu berprasangka buruk pada orang..

TALAM DUA MUKA ini ada dua karakter dalam satu masa.. contohnya macam, Abu ni depan korang baik gila babas, pijak semut pun tak mati..tapi belakang kau, khianat kau, burukkan kau..senang kata "j___t"..

Hindarilah orang sebegini...apa yang nak dikerjakan tak tahulah...

Berwaspada jika mahu jadikan sang talam dua muka sebagai pendengar setia terhadap permasalahan anda kerana pasti kita akan dikhianati. Sang talam dua muka mengamalkan sikap : depan manis perhatiannya, apabila pusing belakang..... sudah tukar jadi ular berbisa. Awas dengan manusia seperti ini!

Berfikirlah beribu kali jika berhasrat mengangkat sang talam dua muka sebagai sahabat atau saudara. Punah jiwa raga apabila dikhianati. Perasaan meruntun kesedihan apabila ada gunting dalam lipatan. Naluri tidak tenteram apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Hati amat kecewa apabila ada kejadian lempar batu sembunyi tangan.

 

Thursday, February 27, 2014

Luahan Perasaan

Pasti ramai lelaki yang terlepas gadis yang diminati dek kerana perasaan malu untuk meluahkan perasaan. Lebih kecewa apabila gadis yang kita jatuh hati itu akhirnya disambar orang lain.
Lagi menambah kedukaan apabila kita dapat tahu yang wanita itu sebenarnya memang jatuh hati juga kepada kita tetapi kerana si lelaki tidak meluahkan perasaan hatinya lalu si wanita memilih orang lain untuk dijadikan pasangan hidup.
 
Antara sebab kita malu untuk meluahkan perasaan :
  • Terasa diri tidak cukup hensem/cun
  • Memang tak pernah ada pengalaman nak luahkan perasaan
  • Takut tidak boleh terima kenyataan jika kena tolak
  • Takut selepas si dia tahu kita ada hati kepadanya, dia menjauhkan diri . Nak berkawan pon dah tak best lepas tu
 
Si wanita biasanya jarang untuk meluahkan perasaan cinta kepada lelaki takut nanti akan dikata perigi mencari timba.


Wednesday, February 26, 2014

Kembali...

Assalamualaikum wbt.
 
Lama tak menyenguk blog ini...tak update berbulan bulan lamanya..tiba tiba teringat kembali blog ini..
 
Persoalannya...perlukah saya menutup terus blog ini atau teruskan sahaja..Sukar untuk memberi jawapan..hari ini dan esok mungkin hati sudah berubah..
 
Saya ingin menulis berkenaan dengan " Hati dan Perasaan"
 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

 
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
 
 
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
 
 
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.