Friday, July 30, 2010

Monday, July 26, 2010

Didik belia cintai alam sekitar


BATU GAJAH - Usaha Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan, di Lahat menarik golongan pelajar untuk mencintai alam dengan pembuatan bebola lumpur ‘Effective Microorganism’ (EM) seharusnya disambut dengan sokongan lebih padu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berkata, usaha itu adalah bagi memastikan kita tidak lagi terkejut dengan fenomena alam yang mampu memusnahkan harta benda dan nyawa manusia.

Menurutnya, usaha warga SMK Pengkalan dalam mengadakan kempen kesedaran alam sekitar wajar dipuji apatah lagi ia adalah sekolah pertama dalam negara yang menjayakan program seumpama itu.

“Tahniah kepada SMK Pengkalan kerana menjadi pelopor kepada sekolah lain dalam usaha mewujudkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong apa jua aktiviti yang mampu memberi kesedaran dalam menjaga alam sekitar malah kita berharap mesej pemuliharaan ini dapat diterapkan dalam kalangan peserta khususnya pelajar,” katanya pada majlis Pembuatan Bebola Lumpur EM SMK Pengkalan.

Hamidah berkata, pihaknya mahukan usaha ke arah itu diteruskan.

“Diharap usaha ini menjadi contoh kepada agensi dan jabatan dalam kerajaan untuk menjalankan aktiviti kesedaran pemeliharaan alam sekitar.

“Melalui inisiatif pelajar itu, kita menggalakkan agar mana-mana pihak dalam komuniti akan turut serta bersama kerajaan negeri menjaga alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Pengkalan, Norhayati Saad berkata, program itu dimulakan pada 23 Julai lalu dan berakhir 1 Ogos depan.

“Pada hari ini kita sasarkan 2,500 biji bebola lumpur dapat dibuat dan sehingga 1 Ogos nanti kita sasarkan kepada 5,500 biji.

“Kesemua bebola lumpur akan dilepaskan di Kinta Riverfront Park bagi tujuan pembersihan malah kami berharap keseluruhan ekosistem sungai ini akan menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk semua hidupan yang ada di sekitarnya,” katanya.

Sumber : Sinar

Sunday, July 25, 2010

Penghasilan Bebola EM Ball di SMK Pengkalan















Bebola EM telah berjaya dihasilkan pada hari ini di SMK Pengkalan. Program ini dirasmikan oleh YB Dato Hamidah bt Osman(Adun Sg Rapat). Tujuan utama program ini adalah untuk menjadikan SMK Pengkalan sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.

Kemuncak Program ini adakan diadakan di Ipoh Riverfront dimana bebola EM ini akan dilontarkan ke Sg Kinta bagi tujuan pembersihan sungai. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar.

Saturday, July 24, 2010

Muflis muda


Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah hutang cukai pendapatan (882 kes), penjamin korporat (4,291 kes), penjamin sosial (3,726), biasiswa atau pinjaman pelajaran (147) dan lain-lain faktor (23,333 kes).


Sumber : B Harian

Thursday, July 22, 2010

Membuat EM MUD BALL Bagi Mengurangkan Pencemaran


1. Bahan-bahan membuat EM Mud Ball


2. Sediakan Cecair EM


3. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM


4. Campuran larutan sehingga rata



5. Campuran untuk dedak dan EM


6. Campur ke tanah merah

7. Campur sehingga rata



8. Mula buat bola lumpur EM

9. Bola lumpur diletak dalam kotak penapaian

10. Tutup bekas

11. Selepas seminggu

12. Bola lumpur EM sedia dipakai


Sumber :mpsp

Wednesday, July 21, 2010

Download free trial Kaspersky 2011 products


Di Laman Web Rasmi Kaspersky anda boleh download percuma untuk sofware percubaan seperti :

1.Kaspersky PURE
2.Kaspersky Anti Virus 2011
3.Kaspersky Internet Security 2011
4.Kaspersky Anti Virus for MAC
5.Kaspersky Mobile Security
6.Kaspersky Password Manager
7. Banyak lagi....

Anda boleh cuba product ini di Free Kaspersky Antivirus .

Tuesday, July 20, 2010

Kaspersky® Anti-Virus 2011



Kaspersky Anti-Virus 2011-menjadi tulang belakang system perlindungan PC anda,menawarkan perlindungan automatik masa nyata dari berbagai ancaman IT. Kaspersky Anti-Virus 2011 menyediakan alat asas yang diperlukan untuk melindungi PC anda. Teknologi canggih Kaspersky menjalankan fungsinya di latar belakang semasa anda menikmati hidup digital anda.

Download Version (1 Tahun)
1 PC [MYR 69.00]
3 PC [MYR 99.00]
5 PC [MYR 149.0