Sunday, March 9, 2014

MEMPERMAINKAN ATAU DIPERMAINKAN

Fikiran buntu dan terasa dipermainkan..Pernahkah kita mengalami situasi berkenaan. Semua kata kata yg keluar hanyalah dusta dan berniat utk mempermainkan seseorang.

Apa rasa jika dipermainkan dan memainkan perasaan orang lain…

Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnya kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu.
 
Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang.
 

Sunday, March 2, 2014

Kepercayaan

Amanah yang dipikul jangan sesekali dilanggar. Kelak buruk padahnya. Kepercayaan yang diberi oleh seseorang juga wajib dijaga rapi tanpa menghebahkannya..
 
Sesekali kita mengkhianati kepercayaan yg diberikan kepada kita..selamanya tiada orang yang akan mempercayai kita lagi.
 
Menurut wikipidea...Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.
 
 

Saturday, March 1, 2014

Inflasi

Hmm...rendahnya nilai wang RM seketika ini..Beli barang keperluan di TESCO..troli  penuh dengan barangan tapi nilainya berjumlah hampir RM600..Harga barang semakin tinggi tetapi nilai wang semakin rendah..
 
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflas iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.
 
Cuba bayangkan orang yang bergaji RM1000 sebulan. Betapa peritnya kesan yang dirasai ketika ini. Yang bergaji RM 10,000 pun terasa bahang kenaikan harga barangan.
 
Bila difikirkan balik,,,apa yang kita makan hari ini adalah rezeki kita pada hari itu. Bersyukurlah apa yang kita ada. Manusia selalu merungut itu dan ini. Cuba melihat orang yang lebih susah daripada kita daripada kita melihat orang yang lebih senang daripada kita.
 
Barulah hidup kita aman dan tenteram.
 
 

Talam 2 Muka

Orang yang talam 2 muka selalunya tak tenteram emosi...selalu berprasangka buruk pada orang..

TALAM DUA MUKA ini ada dua karakter dalam satu masa.. contohnya macam, Abu ni depan korang baik gila babas, pijak semut pun tak mati..tapi belakang kau, khianat kau, burukkan kau..senang kata "j___t"..

Hindarilah orang sebegini...apa yang nak dikerjakan tak tahulah...

Berwaspada jika mahu jadikan sang talam dua muka sebagai pendengar setia terhadap permasalahan anda kerana pasti kita akan dikhianati. Sang talam dua muka mengamalkan sikap : depan manis perhatiannya, apabila pusing belakang..... sudah tukar jadi ular berbisa. Awas dengan manusia seperti ini!

Berfikirlah beribu kali jika berhasrat mengangkat sang talam dua muka sebagai sahabat atau saudara. Punah jiwa raga apabila dikhianati. Perasaan meruntun kesedihan apabila ada gunting dalam lipatan. Naluri tidak tenteram apabila harapkan pagar, pagar makan padi. Hati amat kecewa apabila ada kejadian lempar batu sembunyi tangan.

 

Thursday, February 27, 2014

Luahan Perasaan

Pasti ramai lelaki yang terlepas gadis yang diminati dek kerana perasaan malu untuk meluahkan perasaan. Lebih kecewa apabila gadis yang kita jatuh hati itu akhirnya disambar orang lain.
Lagi menambah kedukaan apabila kita dapat tahu yang wanita itu sebenarnya memang jatuh hati juga kepada kita tetapi kerana si lelaki tidak meluahkan perasaan hatinya lalu si wanita memilih orang lain untuk dijadikan pasangan hidup.
 
Antara sebab kita malu untuk meluahkan perasaan :
  • Terasa diri tidak cukup hensem/cun
  • Memang tak pernah ada pengalaman nak luahkan perasaan
  • Takut tidak boleh terima kenyataan jika kena tolak
  • Takut selepas si dia tahu kita ada hati kepadanya, dia menjauhkan diri . Nak berkawan pon dah tak best lepas tu
 
Si wanita biasanya jarang untuk meluahkan perasaan cinta kepada lelaki takut nanti akan dikata perigi mencari timba.


Wednesday, February 26, 2014

Kembali...

Assalamualaikum wbt.
 
Lama tak menyenguk blog ini...tak update berbulan bulan lamanya..tiba tiba teringat kembali blog ini..
 
Persoalannya...perlukah saya menutup terus blog ini atau teruskan sahaja..Sukar untuk memberi jawapan..hari ini dan esok mungkin hati sudah berubah..
 
Saya ingin menulis berkenaan dengan " Hati dan Perasaan"
 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

 
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
 
 
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
 
 
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

 

Friday, August 16, 2013

Spesifikasi Galaxy Note 3

Spesifikasi Galaxy Note III yang amat dinanti-nanti kan telah disahkan secara rasmi melalui blog rasmi Samsung, Sammobile. Galaxy Note 3 iaitu model utama kedua Samsung pada tahun ini selepas Galaxy S4 akan dilancarkan dengan 2 versi yang diberi kod nama SM-N900 dan SM-N9005


Samsung Galaxy Note III SM-N900 dilaporkan akan mempunyai pemproses Octa-core Exynos 5420 SoC dengan kelajuan 1.8GHz dan ARM Mali-T628 MP6 GPU


Tiada maklumat mengenai CPU dan GPU bagi versi SM9005 didedahkan buat masa ini namun, adalah hampir pasti model ini akan dilengkapi pemproses quad-core Qualcomm Snapdragon 800 Krait 400 dan Adreno 330 GPU. Sama seperti yang kami laporkan sebelum ini.


Skrin paparan bagi kedua-dua versi ialah 5.6-inci 1080p Super AMOLED dan akan mempunyai 3GB RAM dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16, 32, dan 64GB serta mempunyai slot microSD.


Samsung Galaxy Note III SM-N900 adalah merupakan model yang tidak menyokong LTE manakala versi SM-N9005 akan menyokong teknologi 4G. Selain itu, Galaxy Note III akan menggunakan bateri dengan kapasiti 3200mAh yang akan memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding Galaxy Note II.


Dari segi OS pula, Galaxy Note 3 akan dilancarkan dengan Android 4.3 Jelly Bean bersama-sama Samsung TouchWiz dan beberapa perisian khas.
Generasi ketiga ‘phablet’ daripada Samsung ini akan dilancarkan secara rasmi pada 4hb September di Berlin. Kami akan membuat liputan menyeluruh mengenai pelancaranya kelak. Harga, >RM2300

DISPLAY
SM-N900: 5.68 inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display
SM-N9005: 5.68 inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display
CPU
SM-N900: 1.8GHz Octa-core Exynos 5420
SM-N9005: CPU UNCONFIRMED
GPU
SM-N900: ARM Mali-T628 MP6
SM-N9005: GPU UNCONFIRMED
RAM
SM-N900: RAM UNCONFIRMED
SM-N9005: 3GB LPDDR3 RAM
CAMERA
SM-N900: 13 Megapixel with Optical Image Stabilisation
SM-N9005: 13 Megapixel with Optical Image Stabilisation
LTE CONNECTIVITY
SM-N900: No
SM-N9005: Yes
STORAGE *
SM-N900: 16/32/64GB User memory + microSD slot (up to 64GB)
SM-N9005: 16/32/64GB User memory + microSD slot (up to 64GB)
OS
SM-N900: Android 4.3 Jelly Bean

BATTERY
SM-N900: 3,200 mAh
SM-N9005: 3,200 mAh
[mobile88.com]