Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010



Selamat menyambut tahun baru 2010.

Bagaimana dengan tahun 2009? Adakah ianya tercapai seperti yg dirancang dan diharap-harapkan?

Adakah azam dan cita-cita yang diimpikan pada malam awal 2009 dulu berjaya dilaksanakan?

Apakah kita sekadar melayan angan-angan indah lagi kosong?

Sungguhpun begitu, yg penting sekali, banyak target dan azam saya di awal 2009 berjaya dicapai. Mungkin tidak 100% berjaya, tetapi yg penting pada saya adalah usaha dan tekad saya untuk mencapai apa yang diimpikan!

Pepatah berkata – “It’s not the destination; it’s the journey that matters…”

Tapi itu bukannya alasan untuk saya berpuashati kerana saya tahu diri saya mampu melakukan lebih baik lagi!


Barangkali ada diantara kita yg berpendapat bahawa tidak perlu ataupun tidak berguna berazam baru di setiap tahun baru kerana selalunya ia tidak pernah berjaya dan mampu dilaksanakan…

Kenapa boleh terjadi macam ni?

Pada pemikiran saya, setiap azam ataupun target baru pastinya tidak akan berjaya sekiranya ia tidak DIRANCANG dan disusuli dengan TINDAKAN!

Jadi bagaimana cara yg betul dan efektif untuk berazam ni?

1) Tepuk dada tanya selera
-Realistik( Kena berpijak dibumi nyata)

2) Failing to plan is planning to fail
-Perancangan kena rapi dan objektif

3) BERTINDAK!
-Mesti MENGAMBIL TINDAKAN dalam melaksanakan apa yg telah dirancang.Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Bertangguh dan berlengah dalam mengambil tindakan hanya akan melambatkan usaha kita dalam memperolehi kejayaan!

Remember, action speaks louder than words!

Akhir kata semoga tahun 2010 ni akan lebih baik dari tahun-tahun yg sebelumnya!

No comments:

Post a Comment