Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Lotus Evora
Friday, February 26, 2010
Badminton
Thursday, February 25, 2010
STPM 2009
4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.
15 calon mencapai keputusan cemerlang iaitu memperolehi Gred A dalam lima mata pelajaran iaitu enam dalam aliran sains dan sembilan dalam aliran sastera.
Sukan Tahunan kali ke 9 2010 SMK Pengkalan
Wednesday, February 24, 2010
Proton Exora Turbo
Menurut sumber, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011. Pengeluaran model Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.
Matlamat utama penghasilan Exora adalah kepuasan pelanggan dengan ciri kenderaan yang selesa serta harganya yang berpatutan.
Tuesday, February 23, 2010
300,000 kanak kanak yatim piatu
Monday, February 22, 2010
Proton Waja (Mitsubishi Lancer Fortis)
Menurut sumber industri, model gantian Waja akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.
Model sedan baru ini dijangka dijual sekitar RM80,000 seunit dan pastinya akan memberi saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif syarikat asing. Tarikh pelancaran pada akhir tahun ini.
Sunday, February 21, 2010
Zakumi
Saturday, February 20, 2010
Kereta Juga MPV
Friday, February 19, 2010
Melayu Mudah Lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad
Thursday, February 18, 2010
Sakit Kepala
Ketegangan
Pengambilan ubat-ubatan
Penyakit Metabolik
Kecederaan kepala
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA
Berehat seketika dengan berbaring.
Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
Wednesday, February 17, 2010
Piala Dunia 2010
Kumpulan A
1. Afrika Selatan
2. Mexico
3. Uruguay
4. Perancis
Kumpulan B
1. Argentina
2. Nigeria
3. Korea Selatan
4. Greece
Kumpulan C
1. England
2. Amerika Syarikat
3. Algeria
4. Slovenia
Kumpulan D
1. Jerman
2. Australia
3. Serbia
4. Ghana
Kumpulan E
1. Belanda
2. Denmark
3. Jepun
4. Cameroon
Kumpulan F
1. Itali
2. Paraguay
3. New Zealand
4. Slovakia
Kumpulan G
1. Brazil
2. Korea Utara
3. Ivory Coast
4. Portugal
Kumpulan H
1. Sepanyol
2. Switzerland
3. Honduras
4. Chile
11.6.2010. Piala Dunia 2010 akan bermula.
Tuesday, February 16, 2010
5 Individu Terkaya di Malaysia
2. Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan = RM27 bilion.
3. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd = RM11.92 bilion
4. Tan Sri Teh Hong Piow = RM10.86bilion.
5. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting = RM10.38 bilion
Cuaca Panas Terik
Angin kencang kini bertiup ke arah Sumatera di Indonesia dan ia menyebabkan cuaca menjadi kering di utara Semenanjung terutamanya di Pulau Pinang dan Langkawi.Cuaca panas terik yang serius ini dijangka berlarutan sehingga pertengahan bulan depan.
Cuaca seumpama ini akan menyebabkan tanah menjadi kering dan berdebu dan ia boleh membawa masalah kesihatan kepada mereka yang mengalami masalah sensitif terhadap debu.
Monday, February 15, 2010
Ops Sikap ke 21
Pada pendapat penulis, kemalangan berlaku kerana beberapa faktor. Faktor utama ialah kecuaian manusia.
Kepada semua pemandu yang akan pulang ke tempat masing-masing, pandulah berhati hati dan ingatlah yang tersayang.
Selamat memandu.
Friday, February 12, 2010
Tanda Tanda Komputer Kena Virus
– Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini (kadang2 dalam bentuk hidden file)
– Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka
– Komputer menjadi makin lambat
– Dan pelbagai perkara yang pelik berlaku(Tidak pernah berlaku sebelum dijangkiti virus)
Balik Kampung
Apa yang penulis hairan setiap kali cuti Tahun Baru Cina, kesesakan luar biasa akan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan(PLUS). Jika hari biasa penulis mengambil masa 4 jam hingga 5 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Tetapi bila tiba cuti Tahun Baru Cina, penulis akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Perjalanan 5 jam akan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke destinasi.
Harapan : Tahun ini aliran trafik berjalan lancar.
Wednesday, February 10, 2010
Mana Satu Pilihan
Gambar : Paultan.org
Tuesday, February 9, 2010
Proton Sedan Baru ( Waja Baru ? )
Monday, February 8, 2010
Hmmm......
Sumber : Utusan Malaysia
KULIM 8 Feb. – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah (SM) Lubuk Buntar dekat sini mendakwa dipukul seorang guru lelaki semasa dalam kelas pagi semalam kerana bertanya sama ada guru itu memakai minyak wangi.
Pelajar berusia 13 tahun itu berkata, dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks, dan telah mendapat rawatan di Hospital Parit Buntar.
"Semasa cikgu sedang menulis di papan hitam, cikgu bertanya ada sesiapa dalam kelas yang memakai minyak wangi dan tiada siapapun yang mengaku, dan saya kemudiannya bertanya adakah cikgu memakai minyak wangi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Gula dekat sini hari ini.
Pelajar itu berkata, guru terbabit marah dengan pertanyaan beliau dan menghentak kepalanya dengan buku teks sebelum mengetuk kepalanya dengan tangannya.
Katanya, setelah pulang ke rumah pada 3 petang, dia mengadu kepada bapanya, Zakaria Mamat, 50, yang membawanya ke Klinik Kesihatan di Bagan Samak di sini sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.
Zakaria pula berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu malam tadi.
Pahala
Tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Sunday, February 7, 2010
Toyota Vios Facelift
Harga Lama
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT)
RM90,900.00
Toyota Vios 1.5G (AT)
RM85,025.00
Toyota Vios 1.5E (AT)
RM79,425.00
Toyota Vios 1.5J (AT)
RM73,525.00
Toyota Vios 1.5J (MT)
RM69,825.00
Harga Baru
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT)
RM92,990.00
Toyota Vios 1.5G (AT)
RM89,990.00
Toyota Vios 1.5E (AT)
RM81,990.00
Toyota Vios 1.5J (AT)
RM76,990.00
Toyota Vios 1.5J (MT)
RM71,990.00
Apa itu OverDraft (OD)
Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan
Saturday, February 6, 2010
Guru Berkesan
2.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3.Kaya ilmu.
4.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5.Bermoral teguh.
6.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11.Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
12.Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15.Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Thursday, February 4, 2010
Kesan Buruk Merokok
Kelelahan akibat COAD dan emphysema
Sakit jantung iskaemia
Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
Kanser pundi kencing
Air mani tidak normal
Lemah ingatan
Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
Risiko kerosakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Wednesday, February 3, 2010
Lirik lagu 1 Malaysia
Perpaduan, Mendapat rahmat
Dalam capai satu tujuan
Satu Malaysia jadi pegangan
Satu Malaysia untuk semua
Rancang Bajet Anda.
MATLAMAT
Memiliki sebuah Kereta
Memiliki sebuah Rumah
Berkahwin
Perniagaan sendiri
Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah
KEPERLUAN
Makan Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Masa berkualiti dengan keluarga
Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer
KEHENDAK
Makan malam yang mewah
Banglo seperti-rumah peranginan
Pakaian mahal berjenama
Percutian mahal
Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Rancanglah perbelanjaan anda dengan baik. Bajet sempurna kehidupan bahagia.
Tahniah
Sumber : Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 3 Feb. - Sejumlah 98,747 anggota dan pegawai polis akan mendapat penyelarasan kenaikan gaji dan elaun imbuhan tetap di bawah skim perkhidmatan baru berkuat kuasa 1 Januari 2009.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penyelarasan itu membabitkan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) daripada RM1,500 hingga RM6000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matrik.
Tahniah kepada semua anggota PDRM.
Tuesday, February 2, 2010
Gaji
1. Anjakan gaji ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi.
2. Bagi gred lantikan terdapat tiga peringkat gaji, terdapat dua anjakan gaji iaitu anjakan gaji pertama dan anjakan gaji kedua.
3. Bagi gred kenaikan pangkat terdapat dua peringkat gaji, terdapat satu anjakan gaji.
4. Anjakan gaji pertama dipertimbangkan setelah memenuhi lima syarat iaitu :
Sah dalam perkhidmatan
Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
Berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun
Tahap Prestasi yang baik (85%)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan
5. Anjakan gaji kedua dipertimbangkan setelah memenuhi empat (4) syarat iaitu :
Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
Anjakan gaji pertama tidak kurang daripada 1 tahun
Tahap Prestasi yang baik
Diperakukan oleh Ketua Jabatan
6. Bagi gred kenaikan pangkat dengan dua peringkat gaji terdapat satu anjakan gaji sahaja yang boleh dipertimbangkan apabila memenuhi 4 syarat iaitu :
Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
Berada di gred kenaikan pangkat berkenaan tidak kurang daripada 1 tahun
Mencapai tahap prestasi yang baik
Diperakukan oleh Ketua Jabatan