Cuaca panas terik di Pulau Pinang dan beberapa buah kawasan di utara Semenanjung kini mencatatkan suhu panas mencecah kepada 34 darjah Celcius. Fenomena cuaca terik itu adalah disebabkan perubahan angin monsun yang berlaku di kawasan Sumatera, Indonesia sejak minggu lepas.
Angin kencang kini bertiup ke arah Sumatera di Indonesia dan ia menyebabkan cuaca menjadi kering di utara Semenanjung terutamanya di Pulau Pinang dan Langkawi.Cuaca panas terik yang serius ini dijangka berlarutan sehingga pertengahan bulan depan.
Cuaca seumpama ini akan menyebabkan tanah menjadi kering dan berdebu dan ia boleh membawa masalah kesihatan kepada mereka yang mengalami masalah sensitif terhadap debu.
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment