Friday, April 16, 2010

Nisbah pengambilan guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

Nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan mulai tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zarkashi.

Untuk pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita, di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan, manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.

1 comment:

  1. Salam AFA..CCZ sibuk sikit sekarang. Nampaknya Kerajaan telah bertindak bijak dengan menyeimbangkan penguasaan wanita dan lelaki dalam pekerjaan..

    ReplyDelete