Tuesday, April 20, 2010

Ekonomi tumbuh 5.7%

Sumber : Bernama

BANK Dunia meningkatkan ramalan pertumbuhan 2010 bagi ekonomi Malaysia kepada 5.7 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menurutnya, peningkatan itu menunjukkan keyakinan pelabur yang bertambah dan sentimen perniagaan yang semakin meningkat terhadap ekonomi Malaysia.
“Ia lebih tinggi berbanding unjuran Bank Negara Malaysia,” katanya selepas melancarkan edisi kedua Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia, Pertumbuhan Menerusi Inovasi di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment