KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 akan diberikan selama 24 jam bermula 31 Ogos mulai 12 tengah malam hingga tengah malam hari berikutnya.
Sejajar dengan pengumuman Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor baru-baru ini, Litrak akan memberikan tol percuma kepada para pengguna lebuh rayanya sebagai tanda penghargaan syarikat disamping mengambil semangat Hari Kemerdekaan dan menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Kami amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada perayaan yang sungguh bermakna ini dan menjadi harapan kami agar pemberian ini akan menyemai semangat 1Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat patriotik terhadap negara," katanya.
Sazally berkata pemberian tol percuma sempena Merdeka ini adalah di kesemua empat tol plaza di LDP.

Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment