Monday, April 18, 2011

Kelebihan Kahwin Suami Orang

Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:


1.Suami orang biasanya penyabar dan menilai tinggi institusi kekeluargaan. Mereka tidak mudah melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.

2.Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.

3.Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.

4.Suami orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin duda, dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.

5.Suami orang lebih baik dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa tinggal dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal bersama janda yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.

6.Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.

7.Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.

8.Suami orang biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.

9.Suami orang biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

3 comments:

  1. A'kum AFA..Ehem...Macam nak promosi jer title suami orang..CCZ 100% setuju dan memandangkan kesemuanya tepat maka 100% lah bahawa suami orang bukan pilihan terbaik untuk si dara dan si janda...

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Jodoh ditangan Tuhan. Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  3. klu isteri org? waaaaaaaaaa

    ReplyDelete