Saturday, June 2, 2012

10 amalan harian menjadikan hidup anda lebih baik


1. Kurangkan terperusuk dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. Sumber dari "Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability" : Psychological Science.

2. Jangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manafaatnya tapi hampir semua orang tak perduli untuk amalkan. Sedangkan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenanm selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia hidup yang sihat.

3. Jangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kebahagian hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis.

4. Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas. Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. (sumber: "Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People" from Social Psychological and Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.

5. Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur. Sebagai orang Islam, sia-sia jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu kita. Kajian membuktikan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.

6. Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya. Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang lansung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan masa tidur.

7. Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Laksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.

8. Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah. Ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita meningkat, ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.

9. Sentuh dan belai orang kesayangan anda. Anda tiada anak, segeralah usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Sentuhan membuatkan kita hilang stress, membuatkan kita erat perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia. Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga membuatkan kita panjang umur.

10. Jadilah orang optimis. Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya.

No comments:

Post a Comment