Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini?
Adakah….
Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama?
Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment