Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.
“Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei.
LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.
Sehingga kini, Masrun berkata sebanyak 1.5 juta pelbagai borang penyata cukai pendapatan telah diterima melalui e-Filing berbanding 1.4 juta pada tempoh sama tahun lepas.
No comments:
Post a Comment