Pengguna yang menggunakan Kaspersky Internet Security 2009 tidak boleh digunakan dalam Windows 7. Ini kerasa KIS 2009 tidak serasi dengan 7. Bagi pengguna Windows 7 yang ingin menggunakan Kaspersky di kehendaki menukar kepada KIS 2010. KIS 2010 memang serasi dengan Windows 7.
Bagi pengguna yang masih mempunyai lesen KIS 2009 tetapi ingin menggunakan Windows 7..jangan gusar. Ikut langkah berikut :
1. Download KIS 2010 dari Laman Web Kaspersky.
2. Install KIS 2010.
3. Semasa nak activate..guna key dari KIS 2009.
4. Siap. Tukar dari KIS 2009 kepada KIS 2010.
//Jangan buang duit beli KIS 2010 jika KIS 2009 masih mempunyai lesen. Guna lesen KIS 2009 untuk berpindah ke KIS 2010. ( Jika nak guna Windows 7. Jika tidak , KIS 2009 sudah cukup).
Thursday, April 22, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Windows 7

Penulis baru 2 hari menggunakan Windows 7 Ultimate ( 32 bit). Bertukar dari Vista ke 7.
Kelebihan Windows 7
1. Laju ( Startup pantas )
2.Cantik
3. Mesra Pengguna
4. Stabil
Kelemahan Windows 7
1. Banyak perisian yang masih lagi tidak serasi dengan Windows 7. ( Tidak seteruk Vista ). Jika guna Windows 7 64 bit lagi masalah...
Cadangan :
Jika nak guna Windows 7..pastikan versi 32 bit..bukan 64 bit...kerana versi 64 bit banyak program tidak serasi. Sebab : Program masa kini masih menggunakan sistem 32 bit.
Tuesday, April 20, 2010
Ekonomi tumbuh 5.7%
Sumber : Bernama
BANK Dunia meningkatkan ramalan pertumbuhan 2010 bagi ekonomi Malaysia kepada 5.7 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Menurutnya, peningkatan itu menunjukkan keyakinan pelabur yang bertambah dan sentimen perniagaan yang semakin meningkat terhadap ekonomi Malaysia.
“Ia lebih tinggi berbanding unjuran Bank Negara Malaysia,” katanya selepas melancarkan edisi kedua Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia, Pertumbuhan Menerusi Inovasi di Kuala Lumpur, semalam.

Friday, April 16, 2010
Nisbah pengambilan guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan
Nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan mulai tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zarkashi.
Untuk pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita, di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.
Langkah berkenaan diambil bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan, manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.

Thursday, April 15, 2010
Semakan panggilan temuduga KPLI sekolah rendah Sabtu ini
Semakan panggilan temuduga program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) pengambilan Jun ini boleh dibuat mulai Sabtu ini.
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web kementerian itu di http://www.moe.gov.my/.
Calon yang berjaya juga akan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), mySMS15888.

Wednesday, April 14, 2010
Pelajar sembur cat, pecah cermin tepi kereta guru
Gambar: B HarianDUA daripada sembilan kereta guru di sebuah sekolah Jalan Klang Lama yang dipecahkan cerminnya dan disimbah cat akibat perbuatan khianat bermotif dendam.
Bukan senang menjadi seorang guru. Jika berkeras dengan pelajar..inilah padahnya. Kepada semua guru : Jangan putus asa. Tugas mendidik sangat mulia.
Monday, April 12, 2010
Lagi Bayi Dibuang...
Mayat bayi lelaki ditemui dalam tong sampah
Sumber: B harian
RAWANG: Mayat seorang bayi lelaki yang sempurna sifat ditemui mati dibuang dalam sebuah tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dekat sini pada jam 8 pagi tadi.Mayat bayi malang yang dipercayai baru 24 jam dilahirkan itu hanya berbalut akhbar dan beg plastik. Ia ditemui pekerja syarikat kutipan sampah, Mohd Kamil Enoh, 44, ketika memulakan tugasnya pagi tadi.
Beliau berkata, beliau menemui bungkusan berat ketika memilih sampah yang terdapat dalam dua tong yang disediakan kepada penduduk di kampung itu."Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan sampah itu. Setelah dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali."Saya sebak dan mengigil bersendirian. Bayi itu masih bertali pusat dan dibuang bersama urinya yang masih berdarah," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera."Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat. Sehingga kini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)