Monday, June 17, 2013

Friday, May 10, 2013

Tanda-tanda Anda Ketagihan Internet

  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
  2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”
  4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
  5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
  6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
  7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”
  8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
  9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
  10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
  11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”
  12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
  13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
  14. Tidur terganggu kerana online.
  15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”.
  17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
  18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
  19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”.
  20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer

Sunday, April 28, 2013

E-Filling. Tarikh akhir adalah pada 15 mei 2013

Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.
 
Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat. “Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei.
 
LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas. Sehingga kini, Masrun berkata sebanyak 1.5 juta pelbagai borang penyata cukai pendapatan telah diterima melalui e-Filing berbanding 1.4 juta pada tempoh sama tahun lepas.
 

Friday, February 1, 2013

Kakitangan Awam Bakal Dapat Sesuatu sebelum PRU.

Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam,  melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.

 “Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.

Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….

Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama?
Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”?

Tuesday, January 15, 2013

Samsung Galaxy Note 2

Gajet terbaru Samsung Galaxy Note 2. Harga belian RM2299. Baru pakai 2 hari..Memang puas hati dgn wang yang dibelanjakan. Pandangan saya screen Samsung Galaxy S 3 lg cantik berbanding note 2.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 @ II

Android 4.1 (Jelly Bean)
1.6GHz ARM Cortex-A9 Quad-core processor Mali-400MP GPU,
 Exynos 4412 chipset  16GB/32/64 GB internal storage MicroSD up to 32GB
2GB RAM
 5.5-inch HD (720 x 1280) Super AMOLED display
8MP AF Camera (3264×2448 pixels) with LEwD flash
 2MP front-facing camera
 HSPA+ (HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps);
 4GLTE-enabled, GPRS, EDGE Wi-Fi 802.11 a/b/g/n,
Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot GPS, A-GPS and GLONASS
USB 2.0, USB OTG
  Bluetooth 4.0 with A2DP and EDR
3.5mm audio jack
3100 mAh Li-Ion battery 151.1 x 80.5 x 9.4 mm 180 g


Sunday, January 13, 2013

Blog Oh Blog

Salam 1 Malaysia.

Tahun 2012 blog segalanya bermula disini agak suram. Saya pun jarang update blog. Sebabnya kesibukan yang datang...tumpuan masa kini lebih kepada anak anak. Anak sedang membesar dan memerlukan perhatian lebih daripada biasa.

Adakalanya rasa macam nak tutup blog ini..

Tahun 2013 dijangka tahun yang agak meriah..sebabnya PRU 13 akan diadakan pada tahun ini juga. Kepada yg layak mengundi, selamat mengundi..memang teruja dapat mengundi..5 tahun sekali.

Kepada pembaca blog ini...saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah diblog ini.

Akhir kata..Selamat Menghadapi Tahun 2013. Semoga tahun ini kita akan lebih tenang, sihat dan bahagia.


Cuti Sakit @ MC

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu ketua jabatan peka terhadap permohonan cuti sakit penjawat awam bagi memastikan mereka tidak menyalah guna kemudahan itu.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ada petugas yang sihat terpaksa memohon cuti sakit untuk sesuatu urusan kerana mereka sudah kehabisan cuti tahunan.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Gred Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun 2012 peringkat kebangsaan di Kuala Perlis hari ini, beliau berkata amalan menipu cuti sakit merugikan perkhidmatan awam.

"Jika ada bukti penyalahgunaan cuti sakit, mereka yang terbabit iaitu penjawat awam atau pegawai perubatan yang mengeluarkan surat cuti sakit boleh dikenakan tindakan," katanya.Mengulas pelaksanaan usia persaraan sehingga 60 tahun, Omar berkata Cuepacs telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar penjawat awam menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka boleh berkhidmat dengan sempurna.

Ulasan : Sokong kenyataan Cuepacs...kadang kala hairan yg banyak mc tu selalunya kakitangan awam yg baru bekerja tak sampai 10 tahun..sikit sikit mc...tak sakit pun mc..ingatlah rezeki yg kita bawa balik itu berkat atau tidak.