Sunday, January 17, 2010
Tayar Oh Tayar
Selalunya bila kita menaiki sebuah kereta, jarang sekali kita mengambil berat pasal tayar. Asal boleh jalan cukup. Ingat...tayar yang kurang angin akan cepat haus dan membahayakan keselamatan pemandu. Berapa tips yang ingin dikongsi oleh penulis.
Cuba lihat tayar anda. Cukup angin atau tidak. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda.
Tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit. Ini disebabkan tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku.
Seminggu sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.
Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, buat survey dulu baru tukar. Jangan beli tayar celup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A'kum Afa..CCZ selalu beratkan tayar ereta. Kalau berat sikit terus isi angin tetapi yang buat tu pekerja stesyen minyaklah sebab tak reti dengan sesetengah pam angin yang terkadang bunyi terkadang tidak..
ReplyDeleteccz...kena belajar isi angin..senang saja..bila berbunyi tandanya sudah penuh..setkan dulu tekanan ikut manual di tepi pintu bahagian pemandu..
ReplyDelete