Saturday, January 14, 2012

BR1M : Pembayaran RM500 LHDN Melalui Baucar Tunai Bermula 15 Januari 2012

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari 2012 dalam bentuk baucar tunai BR1M.

Semua pemohon BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.


Dalam tempoh tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini 2012, talian tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu

Baucar tunai RM500 juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara
Tempoh sah laku baucar BR1M adalah sehingga 15 April 2012

Kerajaan Lanjut Terima Borang Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Dalam pada masa yang sama kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan 2012 :

Orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan bantuan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan

Pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat

Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

No comments:

Post a Comment