Saturday, March 31, 2012

PANAS..Pekeliling Perkhidmatan SSM


Pengiraan Pemindahan Gaji

Caranya :

1.Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda
2.Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012
3.Tahniah kami ucapkan

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) – SSM

■KGT SSM baru sama macam seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan


■Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.

■Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)

■Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41


■Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :

■RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat bulan 7

Pengiraan Gaji SSM Baru 2012 :

Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)
Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda

Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru SSM 2012 + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam :

1. COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
2. gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM

Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM 2012)

Untuk mendapatkan pekeliling kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :

PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA)


sumber : Beritasemasa

Monday, March 26, 2012

Dividen Bank Rakyat 15% + Bonus Saham 5%

Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.


Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011. Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

Saturday, March 24, 2012

20 Top Ranking SBP SPM 2011

Ranking SBP SPM 2011

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.9232
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.9393
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.98424
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.11835
5 SMS Tuanku Munawir 1.186
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.2267
7 SM SAINS REMBAU 1.30068
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.35539
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.372510
10 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.379311
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.4412
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.450813
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.457914
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.472415 S
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.510916
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.528117
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.528718
18 SM SAINS JOHOR 1.549119
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.56920
20 SM SAINS SELANGOR 1.592721

Thursday, March 22, 2012

Gaji SSM 2012 (Baru) & Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April

KSN menyatakan gaji SSM 2012 (baru) akan mula dibayar bermula bulan April ini.

Info :
■Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM 983.43
■Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM: Indeks gred purata bertambah baik

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010.

Tuesday, March 13, 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011 akan diumumkan pada 21.3.2012(Rabu). Calon calon boleh mendapatkan keputusan mereka disekolah masing masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran tempat mereka berdaftar dulu.

Calon juga boleh mengetahui keputusan Spm 2011 melalu SMS iaitu MySMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan aktif pada pukul 10.00 pagi 21.3.2012 sehingga tengah malam 27.3.2012.

SELAMAT BERJAYA.

Thursday, March 8, 2012

PENJAWAT AWAM TERIMA BAYARAN TUNGGAKAN MAC ATAU APRIL

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

PELARASAN GAJI BERKUATKUASA 1 JAN

Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012.

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik

Tetapi SSM akan ditambahbaik

1.Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam

2.Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%),Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)

3.SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320.
Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing

4.Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan

5.COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan

6.Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun

PANAS : SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Wednesday, March 7, 2012

NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing. “Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

“NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem ‘time base’ yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002,” katanya di sini, semalam.Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.

“Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.“NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini,” katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.

Monday, March 5, 2012

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Friday, March 2, 2012

Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?

Berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April.

Cuepacs pula mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012.

Apa yang PM mahu umumkan pada 19.3.2012 sedangkan SBPA hanya siap semakan pada awal April. ?????..