Thursday, December 29, 2011

SBPA : PENDAPAT SEORANG GURU

Pendapat Salah Seorang Guru Mengenai Skim Gaji Guru 2012 SBPA :

SAYA mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA. SBPA secara umumnya memang mendatangkan banyak kebaikan kepada semua pihak. Contoh ketara ialah peningkatan gaji mati bagi guru iaitu antara 19.34% hingga 56.78%. Perkiraan ini adalah berasaskan gaji mati P1T3 @ P1T2 mana yang berkenaan di gred gaji SSM dengan gaji mati SBPA.

Gaji mati SBPA ini berdasarkan kutipan maklumat dari blog-blog yang boleh dipercayai. Ini kerana laman web JPA setakat ini belum memaparkan jadual gaji SBPA. Namun maklumat ini sangat boleh dipercayai kerana berdasarkan pengalaman gaji saya sendiri yang diuar-uarkan di blog tersebut adalah sama dengan tawaran opsyen SBPA yang saya terima. Terima kasih kepada kerajaan dan syukur kepada Allah.

Namun, disebabkan SBPA ialah sistem ciptaan manusia pasti terdapat beberapa kekurangan. Izinkan saya berkongsi perasaan dan pendapat bersama pembaca sambil mengharapkan mendapat respons positif daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Perkara pertama yang ingin saya kongsikan ialah perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA yang sangat ketara. Kami guru DG44/ DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu dari RM2,982.99 ke RM2,985. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan guru DG54/DG1-6 iaitu sebanyak RM1,857.46 bersamaan 35.94% iaitu dari RM5,167.64 ke RM7,025.00.

Malah terdengar desas-desus peningkatan gaji JUSA dan kumpulan Premier pula lebih RM3,000 sebulan. Saya tidak dapat memastikan kesahihannya kerana JPA seolah-olah cuba menyembunyikan jadual gaji SBPA daripada menjadi tatapan umum. Untuk tujuan perbandingan tersebut, saya telah menggunakan kaedah yang sangat adil iaitu berdasarkan gaji permulaan bagi kedua-dua gred yang dibandingkan.

Saya mengharapkan agar gaji permulaan SBPA bagi guru DG2-3, DG2-5, DG1-2 DG1-4 dan DG1-5 disemak semula. Jurangnya hendaklah dirapatkan. Kami mengharapkan sekurang-kurangnya 10% kenaikan.

Perkara kedua ialah mengenai tempoh kenaikan pangkat secara time-based. Jika dihayati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaikkan pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4).

Tapi mengikut SBPA kami menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara time-based ke DG1-4.

Formula 8+8+6+3. Tempoh Kenaikan Pangkat. Dipetik daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2011. Jika diikutkan maksud ucapan PM, formula tersebut sepatutnya jadi 7+8+6+4. Kami sangat mengharapkan agar dasar ini dikaji semula.

Perkara ketiga yang ingin saya utarakan juga berkaitan dengan perkara di atas. Sebahagian daripada guru siswazah adalah asalnya seorang guru bukan siswazah/lepasan diploma. Kami dinaikkan pangkat ke guru siswazah secara lantikan atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

Dalam SBPA kaedah ini dikenali dengan nama Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Jika mengikut SSM kami diberi formula 3+7 iaitu menggunakan tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah untuk diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk proses kenaikan pangkat ke DG44 atau DG48.

Formulanya ialah setiap tiga tahun perkhidmatan sebagai guru lepasan diploma sebagai setahun perkhidmatan sebagai guru siswazah dengan had maksimum yang boleh digunapakai ialah 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.Di bawah SBPA kami tidak mendapat apa-apa maklumat mengenainya.

Kami mengharapkan agar dasar tersebut dipanjangkan di bawah SBPA dengan diberi penambahbaikan iaitu dengan menghapuskan had maksimum 9 tahun perkhidmatan bersamaan 3 tahun perkhidmatan guru siswazah.Rasionalnya permintaan ini ialah, kebanyakan guru KPSL/PSL ini sudah berumur.

Jika dihadkan kepada 9 tahun perkhidmatan sahaja yang diambil kira maka kebanyakan guru ini akan sentiasa ketinggalan dari segi insentif berbanding guru baru. Hargailah jasa guru lama ini.Perkara keempat adalah cadangan baru dari saya sendiri. Saya mencadangkan agar gred gaji guru KPSL/PSL diasingkan daripada guru lantikan pertama. Saya mencadangkan diwujudkan gred baru.

Contohnya DG1-1A, DG1-2A, DG1-4, DG1-5A dan DG1-6A. Jumlah gajinya dicadangkan 10% lebih tinggi berbanding gaji DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5 dan DG1-6. Cadangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang dilantik pada Januari 2001 ke PPPS DG3/41 dengan mendapat kenaikan kurang daripada RM30.

Pada Julai 2007 kerajaan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15% kepada kumpulan pengurusan dan profesional manakala kumpulan sokongan 1 (iaitu kumpulan saya sebelum itu) diberi kenaikan 25%.Kesannya gaji saya lebih rendah berbanding dengan rakan saya yang sama-sama dilantik sebagai guru bukan siswazah dengan kelulusan SPM pada tahun 1990.

Luahan kami tidak diambil tindakan yang sewajarnya.Jawapan standard daripada Pegawai Perhubungan Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia ialah tidak boleh membandingkan gaji PPPS DG41 dengan PPPLD DGA32 dan menyarankan kami membandingkan gaji PPPS DG41 dengan gaji PPPLD DGA29.

Suka dimaklumkan PPPS DG41 yang membandingkan gaji mereka dengan gaji PPPLD DGA32 adalah guru KPSL@PSL yang mana jika kami tidak dilantik ke PPPSDG41 maka kami sepatutnya mendapat gaji sebagaimana PPPLD DGA32.Di sinilah wujudnya anomali iaitu di mana pegawai yang dinaikkan pangkat mendapat gaji yang kurang. Satu lagi hujah Pegawai Perhubungan Korporat KPM yang sangat kami benci mendengarnya ialah menyarankan kami melihat secara keseluruhan iaitu elaun-elaun yang diterima.

Saya akui, jika diambil kira elaun yang diterima, jumlah emolumen yang kami terima adalah lebih berbanding PPPLD32 tapi ia masih tidak berbaloi. Perlu diambil ingatan, elaun tidak diambil kira dalam pembayaran pencen dan gratuiti.Saya sangat mengharapkan agar semua kesatuan guru mengambil tempoh lanjutan ini untuk mengadakan perbincangan dengan JPA supaya skim perkhidmatan perguruan diperbaiki.

JAUHAR AJILI 64
Hulu Terengganu.

Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:


Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku.Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitangan awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah.Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011



Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :

Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta. JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65. Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan(Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Wala Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku. Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar PemisahTerima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

Diadakan akhir Februari 2012
Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal

Sunday, December 25, 2011

PENCEN SBPA




Bermula 1 Januari 2012 bg PA yg opsyen berpencen 56/58/60, jika dia bersara awal contohnya 40 thn , dia akan tetap mendapat pencen tetapi pada umurnya 55thn.




Tetapi harus faham jika PA bersara contoh umur 40 tahun tadi, graduiti akan dikira berdasarkan gaji pada umur 40thn itu. begitu juga pencen berlandaskan gaji ketika 40thn, mungkin bukan separuh kerana belum cukup 25 tahun. (pencen SBPA 25 thn 1/2 gaji. 30 thn 3/5 Gaji, lebih 30 tahun tetap 3/5 Gaji).





Gambar menunjukkan kaedah pengiraan pencen dan Graduiti , bagi kes pencen diawalkan atau pencen paksa biasa, abaikan tambah 80 tahun diatas. kerana kes diatas adalah kes Arahan Kerajaan/ Kementerian demiKepentingan Negara jadi untuk kes biasa jika bersara selepas 290 bulan , cara kira adalah


Graduiti (Ganjaran Sekaligus) = 7.5% X 290 bulan X Gaji Akhir di B


Pencen =(290 bulan X Gaji Akhir di B) /600 (maksima 3/5 gaji akhir di B)




Gantian Cuti Rehat = (Gaji akhir B/30) X 120 (bil cuti disimpan)(bil cuti disimpan maksima 150 hari bagi PA, tetapi mungkin kurang bagi guru maybe 120)







Thursday, December 22, 2011

WANG KERTAS DAN SYILING BARU

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan nilai Wang kertas Note baru RM20 yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan.

Gambar Wang kertas dan Wang syiling keluaran terbaru oleh Bank Negara Malaysia yang akan di gunakan pada Julai tahun depan.



Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan.

Wednesday, December 21, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011 ESOK : 22.12.2011

Pelajar boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan PMR 2011 di sekolah masing masing mulai jam 10.00 pagi.


Keputusan PMR juga boleh disemak melalui SMS 15888 bermula 10 pagi 22.12.2011 hingga pukul 12 malam 28.12.2011.


Contoh :


PMR [ no kp ] [ angka giliran ] sms ke 15888

Tuesday, December 20, 2011

Masih Adakah Ketuanan Melayu? Antara Realiti dan Fantasi



Buku terbaru untuk saya bulan ini. Masih Adakah Ketuanan Melayu? Antara Realiti dan Fantasi :Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Harga RM28.00 sahaja. Beli buku ini di kedai MPH.

Buku ini adalah sambungan daripada buku sebelum ini, Nasib Melayu di Bumi Melayu karya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Fokus utama buku ini banyak berkisar tentang proses kesepaduan politik (social cohesion) untuk mencapai perpaduan nasional dalam kalangan rakyat terbilan kaum di negara ini. Perlembagaan hendaklah dijadikan terus dalam kehidupan bernegara. Sikap saling memahami, saling menghormati dan saling menghargai toleransi hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Monday, December 19, 2011

PESANAN KEPADA LELAKI YANG INGIN MENCARI TEMAN HIDUP : HINDARI 6 SIFAT PEREMPUAN YANG KEJI

Enam Sifat Perempuan Yang Keji, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:


1. Al-Anaanah:

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.


2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.


3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.


4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.


5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.


6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

ISU SBPA PERLU DISELESAIKAN SEGERA

SBPA.. belum dilaksanakan sudah pun menjadi isu hangat. NFC yang tiada berkaitan dengan SBPA juga diungkit oleh pihak CUEPACS.


Kerajaan kena bijak menangani isu ini dengan secepat mungkin supaya isu ini dapat diredakan.


Sila baca dibawah ini :


Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

“Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA,” kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

“Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal,” soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana,” katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau ‘exit policy.

Saturday, December 17, 2011

EMAIL SPAM : PENIPU DARIPADA WARGA AFRICA

Bila saya publish alamat email diblog ni..banyak email penipu yg saya dpt:
Contoh dibawah ini...



Dear Beloved one.

I am glad to know you, but God knows you better and he knows why he has directed me to you at this point in time so do not be afraid. I saw your e-mail contact from Burkina Faso chamber of commerce and foreign trade departments. I am writing this mail to you with heavy sorrow in my heart, My Name is Mrs. Verachka Ivanov.

I want to tell you this because I don't have any other option than to tell you as I was touched to open up to you, I am married to Mr. Toyo Ivanov. who worked with Burkina Faso embassy in Burkina Faso for nine years before he died in the year 2005.We were married for eleven years without a child. He died after a brief illness that lasted for only five days.

Since his death I decided not to remarry, When my late husband was alive he deposited the sum of US$ 8.2m (Eight million two hundred thousand dollars) in a bank in Ouagadougou the capital city of Burkina Faso in west Africa Presently this money is still in bank. He made this money available for exportation of Gold from Burkina Faso mining. Recently, My Doctor told me that I would not last for the period of seven months due to cancer problem. Whoever that wants to serve God must serve him in spirit and Truth because God is the Most High, Please always be prayerful all through your life.

The one that disturbs me most is my cancer sickness. Having known my condition I decided to hand you over this money to take care of the less-privileged people, you will utilize this money the way I am going to instruct herein. I want you to take 30 Percent of the total money for your personal use While 70% of the money will go to charity" people in the street and helping the orphanage.

I don't have any child that will inherit this money and my husband relatives are not good not even good at all because they are the one that responsible for the death of my late husband in other to have all my late husband properties and I don't want my husband's efforts to be used by those that conspired for his death. I grew up as an Orphan and I don't have anybody as my family member, just to endeavour that the name of God is maintained... Am doing this so that God will forgive my sins and accept my soul because this sickness has suffered me so much.

As soon as I receive your reply I shall give you the contact of the bank in Burkina Faso and I will send authority letter that will prove you the present beneficiary of the money in the bank that is if you assure me that you will act accordingly as I Stated herein. Hoping to receive your reply.

Mrs. Verachka Ivanov.
Written from Hospital.

Friday, December 16, 2011

CONTOH 2 : PEMINDAHAN GAJI DG44 SSM KE GAJI DG1-2 SBPA




Kes 1. Guru DG44 P1T9 akan bertukar Gred DG1-2T7 RM4485 dan TPG baru pada KEKAL. Jika TPG lama Januari dia akan mula menikmati anjakan ke DG1-2T8 RM4735 pada 1/1/2012.

Kes 2. Guru DG44 P2T6 akan bertukar Gred DG1-2T7 RM4485 dan TPG baru pada April. Maka pada 1 April 2012 dia akan mula menikmati anjakan ke DG1-2T8 RM4735.

CONTOH 1 : PEMINDAHAN GAJI DG41 SSM KE GAJI DG1-1 SBPA




Kes 1. Guru DG41 P1T8 akan bertukar Gred DG1-1T4 RM2600 dan TPG baru pada April. Maka pada 1 April 2012 dia akan mula menikmati anjakan ke DG1-1T5 RM2825.

Kes 2. Guru DG41 P1T3 akan bertukar Gred DG1-1T2 RM2150 dan TPG baru pada Julai. Maka pada 1 Julai 2012 dia akan mula menikmati anjakan ke DG1-1T3 RM2375.

Kes 3. Guru DG41 P2T15 akan bertukar Gred DG1-1T7 RM3275 dan TPG baru pada Jan. Maka pada 1 Jan 2012 dia akan mula menikmati anjakan ke DG1-1T8 RM3500.

Thursday, December 15, 2011

ISU PANAS : SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN


Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.

”Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

PERBEZAAN KENAIKAN GAJI DG41

SEKADAR BERKONGSI...

Contoh : DG 41. Gaji akhir pada 31.12.2011

Gaji SSM

7 TAHUN BERKHIDMAT : P1TT10 :2509.9
8 TAHUN BERKHIDMAT :P1T11 :2600.35
9 TAHUN BERKHIDMAT :P1T12 :2690.8

BERTUKAR KEPADA GAJI BARU SBPA : PADA 1.1.2012

SBPA
T6 : 3050

Analisis : Gaji guru junior akan sama dengan gaji guru senior. Gaji SSM berbeza tapi SBPA sama.

Wednesday, December 14, 2011

PANAS : CUEPACS BAKAL BUAT KEPUTUSAN PENTING ESOK MENGENAI SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di sini, hari ini.Katanya tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.Beliau berkata Cuepacs meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.
"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.Katanya hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambahnya.Omar berkata Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.Katanya keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok.

SBPA : GAJI GURU 2012

kredit: beritasemasa

TELITI TAWARAN SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA."Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.

Tuesday, December 13, 2011

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati danmeningkatkan risiko kanser.Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat,hipertensi dan merosakkan hati."Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Merekamenyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram."Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Monday, December 12, 2011

Proton Exora Prime & Bold: Enjin CFE Turbo





Proton Exora Prime dan Bold yang bakal dikeluarkan tidak lama sahaja lagi.


Enjin yang diberi nama Charge Fuel Efficiency (CFE) Turbo ini akan membuatkan bakal pemilik Exora Bold dan Prime selepas ini tersenyum sambil memandu ke Genting dengan membawa muatan penuh 7 orang dan barang-barang lain. Enjin dengan kuasa kuda sebanyak 138 HP dan kuasa torque sebanyak 205Nm, sudah cukup untuk mengatasi masalah kekurangan kuasa pada RPM rendah bagi pemilik Proton Exora sebelum ini.


Penambahan kuasa torque sebanyak 55Nm kepada 205Nm dari sebelumnya iaitu 150Nm, merupakan “feature” point dan usaha daripada pihak Proton untuk mengatasi masalah pemilik Proton Exora, disamping memberikan lebih kuasa kepada kenderaan yang berstatus “kenderaan keluarga” ini.

Sunday, December 11, 2011

Contoh Tangga Gaji Baru 2012 SBPA

Tangga Gaji N48 (SBPA)





Tangga Gaji N44 (SBPA)



Tangga Gaji N41 (SBPA)


//click untuk besarkan

STRUKTUR TANGGA GAJI


Gaji Single Point



■27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
■28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Gaji Sebaris
■29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
■30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
■30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
■30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
■30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
■31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Prinsip Pemindahan Gaji
■32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.


■Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji



■33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
■34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
■35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
■36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
■37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
■38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
■38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
■38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
■39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
■39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
■39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
■39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
■39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
■39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8
Pergerakan Gaji Tahunan
■40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.


Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang



■41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
■42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
■43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
■43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
■43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
■43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Saturday, December 10, 2011

Borang bantuan RM500 diedar percuma  hari ini

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Friday, December 9, 2011

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

"Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

"Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Berita Baik Untuk Pengguna Symbian : Update Symbian Anna ke Symbian Belle Awal Tahun 2012

Nokia mengumumkan pengguna Symbian^3 dan Symbian Anna sedia ada bakal menerima kemaskinian Symbian Belle untuk telefon pintar Symbian^3 dan Symbian Anna mereka pada awal tahun 2012.

Ini bermaksud, para pengguna telefon pintar Symbian^3 iaitu Nokia N8, C7, C6-01, E7, Nokia 500 ,X7 dan E6, bakal dikuasakan oleh Symbian Belle.

Symbian Belle direka untuk mengoptimasikan penggunaan tenaga serta bateri. Walaupun antaramuka Symbian Belle berbeza dari Symbian Anna, penggunaan baterinya adalah lebih menjimatkan.

Disamping itu, Symbian Belle juga dioptimasikan untuk digunakan pada peranti-peranti yang menggunakan tenaga pemprosesan yang rendah. Symbian Belle boleh beroperasi dengan jayanya walaupun menggunakan perkakasan lama yang terdapat dalam peranti-peranti Symbian^3.

Thursday, December 8, 2011

Pekeliling SBPA sudah keluar.

TERKINI..



Dokumen berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi masing masing.



Sila klik sini . Selamat mendownload.

Nokia Ovi Maps

Antara kelebihan Ovi Maps With Navigation dari Nokia:

•Peta disimpan di dalam memori kad dan tidak memerlukan sambungan internet untuk memuat turun peta secara masa nyata seperti Google Map.
•Informasi trafik di sepuluh buah negara secara percuma
•Panduan lorong jalan raya dan juga amaran perangkap had laju
•Fungsi untuk laluan pejalan kaki, dengan penunjuk jalan pintas yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki
•Percuma panduan melancong “Lonely Planet/Michelin”

Wednesday, December 7, 2011

Senarai Harga Telefon Bimbit (7.12.2011)

Nokia 701
1010 - 1040
Nokia 700
915 - 945
Nokia Asha 300
335 - 350
Nokia E72
1000 - 1030
Nokia C6-01
810 - 825
Nokia C6
775 - 790
Nokia C3
335 - 350
Nokia C2-01
270 - 280
Nokia 7230
370 - 385
Nokia 2700 Classic
240 - 250
Nokia E6
915 - 945
Nokia E5
590 - 605
Nokia C1-01
175 - 185
Nokia X1-01
145 - 155
Nokia 101
135 - 145
Nokia 2710 Navigation
320 - 330
Nokia 1280
95 - 105
Nokia 500
595 - 610
Nokia C5
485 - 500
Nokia 5250
440 - 455
Nokia 6700 Classic
675 - 690
Nokia E7
1235 - 1265
Nokia 100
120 - 130
Nokia X3 Touch and Type
475 - 490
Nokia X7-00
1200 - 1230
Nokia N8
1190 - 1220
Nokia 6303 Classic
415 - 430
Nokia 2730
260 - 270
Nokia 1800
115 - 125
Nokia N9
1970 - 2050
Nokia X2
305 - 315
Nokia C5-03
550 - 565
Nokia C2-03
315 - 325

Samsung Galaxy Tab 8.9
1699 - 1779
Samsung Galaxy Tab 10.1
1790 - 1870
Samsung Galaxy Note
2260 - 2340
Samsung Galaxy S Plus I9001
1195 - 1225
Samsung Galaxy W
900 - 930
Samsung Galaxy Fit
685 - 700
Samsung Galaxy S II
1680 - 1760
Samsung I9003 Galaxy SL
1100 - 1130
Samsung Galaxy Ace S5830
740 - 755
Samsung Galaxy Mini
545 - 560
Samsung S8530 Wave II
955 - 985

BlackBerry Torch 9800
1410 - 1490
BlackBerry Torch 9860
1510 - 1590
BlackBerry Playbook
2115 - 2195
BlackBerry Curve 9360
1090 - 1120

Apple iPhone 4S
3190

SonyEricsson Xperia Neo V
905 - 935
Sony Ericsson Xperia mini pro
740 - 755
Sony Ericsson Xperia Ray
1045 - 1075
Sony Ericsson Xperia Active
965 - 995
Sony Ericsson Xperia mini
680 - 695
Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro
585 - 600
Sony Ericsson Xperia X8
535 - 550
Sony Ericsson Live with Walkman
790 - 805
Sony Ericsson Xperia pro
1260 - 1340
Sony Ericsson TXT
335 - 350
Sony Ericsson Xperia arc S
1440 - 1520
Sony Ericsson Xperia Play
1325 - 1405
Sony Ericsson Xperia neo
1330 - 1410
Sony Ericsson Xperia X10 Mini
470 - 485
Sony Ericsson Vivaz Pro
745-760
Sony Ericsson W8 Walkman
600 - 615
Sony Ericsson Mix Walkman
385 - 400
Sony Ericsson Zylo
315 - 325
Sony Ericsson Spiro
205 - 215
Sony Ericsson Aino
815 - 830
Sony Ericsson Hazel
490 - 505
Sony Ericsson Cedar
245 - 255
Sony Ericsson Elm
415 - 430
Sony Ericsson XPERIA X10
1150 - 1180

HTC Sensation XE
1755 - 1835
HTC Sensation
1560 - 1640
HTC Rhyme
1460 - 1540
HTC Salsa
930 - 960
HTC Desire HD
1360 - 1440
HTC Desire S
1445 - 1525
HTC ChaCha
725 - 740
HTC Wildfire S
780 - 795
HTC Wildfire
655 - 670
HTC Radar
1245 - 1275
HTC HD7
1970 - 2050
HTC Incredible S
1405 - 1485
HTC Flyer
1645 - 1725
HTC EVO 3D
1850 - 1930

Motorola DROID RAZR
1999 - 2079

LG Optimus 3D
1920 - 2000
LG Optimus One P500
545 - 560
LG Optimus 2X
1360 - 1440
LG GS500 Cookie Plus
640 - 655

Tuesday, December 6, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2012

Jan : 16.1.2012 (Isnin)

Feb : 23.2.2012 (Khamis)

Mac : 22.3.2012 (Khamis)

Apr : 25.4.2012 (Rabu)

Mei : 23.5.2012 (Rabu)

Jun : 25.6.2012 (Isnin)

Jul : 25.7.2012 (Rabu)

Ogo : 13.8.2012 (Isnin)

Sept : 25.9.2012 (Selasa)

Okt : 22.10.2012 (Isnin)

Nov : 6.11.2012 (Selasa)

Dis : 18.12.2012 (Selasa)

Monday, December 5, 2011

Toyota Avanza baru bakal keluar?




Enjin ada 1.3 dan 1.5. Untuk enjin 1.5 serupa dengan enjin yang terdapat pada perodua alza.

Muslim Facebook' Bakal Dilancarkan Tahun Depan


Salamworld.com merupakan versi yang seakan-akan sama dengan Facebook tetapi lebih bermatlamatkan Islam sebagai halatuju perkhidmatan mereka. Facebook muslim tersebut mensasarkan pengguna seramai 50 juta dalam tempoh 3 tahun.Salam.com yang berpusat di Istanbul itu akan menekankan nilai-nilai Islam terhadap pengguna muda dan menjauhi nilai-nilai tidak bermoral yang bakal dipantau oleh moderator.

Selain daripada tapisan-tapisan tertentu, pengguna juga diharap dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri agar tidak melakukan sesuatu yang terpesong dari prinsip Islam.Salam.world juga akan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat ilmu tauhid dan juga khidmat nasihat. Para pengguna juga boleh menggunakan Salam.com bagi mengetahui Masjid berdekatan dikawasan mereka berada dan juga maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.

Sunday, December 4, 2011

Best Guna Samsung Galaxy Tab 10.1

Sudah hampir 2 bulan saya menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1. Best ke tidak. Jawapannya memang best dan berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan untuk membeli gajet ini yang bernilai RM1899.00.

Apa yang saya puas hati setakat ini.


1. Internet

Senang untuk saya surf internet pada bila bila masa. Laju, cepat dan pantas. Jika guna laptop kena tunggu untuk windows loading dulu. Makan masa. dengan tablet ini, kurang 1 minit saja boleh terus online.


2. Blog

Memudahkan saya berblog. Ciri tablet ini sama dengan laptop. Boleh copy paste. Boleh download gambar dan sebagainya.


3. Office

Untuk kerja kerja ringan amat sesuai guna tablet. Dengan skrin yang luas memang puas hati. Boleh edit word, powerpoint dan excel. Pdf pun disokong oleh gajet ini.


4. Hiburan

Sebagai satu gajet yang sesuai untuk berhibur. Boleh tengok movie..dengar lagu..macam kita gunakan dilaptop.


5. Game

Wow...grafik cantik. Dengan prosessor 1Ghz dual core dan Ram 1 Gb memang puas. Ada yang free dalam market. Kalau nak leboh teruja, banyak game yang HD tetapi berbayar.


6. Ringan

Semestinya. Senang nak dibawa kemana mana.


Kesimpulannya :

Memang puas hati. Kepada yang berminat..ada samsung galaxy tab 8.9..bakal keluar samsung galaxy tab 7.7 dan 7 plus. Skrin berbeza beza. Bergantung kepada cita rasa masing masing.


Friday, December 2, 2011

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT 

1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.Sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepranjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah Sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).

6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku

Thursday, December 1, 2011

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2012 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...Seseorang guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...Syarat sah dlm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :
DG 41... RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :
DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali,bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )...MOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT UTK. SEMUA...


Sumber : Kelab Guru Malaysia

Proton Saga 1.6 FLX SE



Enjin 1.6 litre Campro dengan CVT. Harga RM49,899 (metallic) dan RM49,449 (solid). Warna Fire Red dan Solid White.

Wednesday, November 30, 2011

Celcom broadband vs Digi broadband

Cukup menyampah dengan digi, selalu putus connection. Perlu ke saya langgan pakej celcom untuk saya punya samsung galaxy tab10.1?

Sekarang saya gunakan Celcom broadband untuk laptop manakala Digi broadband untuk tablet. Kalau saya guna celcom pada tablet, leceh sebab kena masukkan sim card setiap kali nak guna internet.

Celcom memang puas hati sebab lancar tetapi untuk digi..lembab, selalu putus.

Kesimpulannya :
Coverage : Celcom
Prestasi : Celcom

Walaupun celcom pun lembab tapi digi lagi lembab. Bila sudah guna dua dua pakej internet ini, terpaksa berpuas hati dengan perkhidmatan celcom.

Kepada yang ingin mencuba pakej broadband, pilihan terbaik adalah celcom.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu.

Antara maklumat sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome dan kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,000
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

// Untuk maklumat lebih lanjut, kita tunggu pekeliling akan keluar x lama lagi.

Tuesday, November 29, 2011

Internet Percuma di Selangor Bermula Tahun 2012

Kerajaan Selangor merancang untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma pula di Selangor yang akan meliputi kawasan bandar dan juga di luar bandar.
Selain itu, kerajaan Selangor nak berikan juga komputer percuma kepada golongan belia di Selangor.

Kenapa internet percuma ditawarkan di Selangor?
1.Mahu mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran
2.Menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara


//Bila lah nak ada wifi percuma di Perak ni ...

Sunday, November 27, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE | The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Sasaran buku bacaan saya pada kali ini adalah A DOCTOR IN THE HOUSE | The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Terujanya..

Buku yang ditulis oleh mantan perdana menteri malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diberi judul “A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia telah dilancarkan dan dijual diseluruh cawangan MPH dan kedai-kedai buku seluruh negara pada 8 Mac 2011. Buku dijual dengan harga RM100.00 senaskhah.

Rugi tak baca buku ni. Mesti dapatkan di kedai Mph...

Saturday, November 26, 2011

Samsung Galaxy Note - Harga RM2299 tanpa pakej

Tak terkejar teknologi..baru beli samsung galaxy tab 10.1, keluar pula tab 8.9 yg lebih comel, then akan keluar pula tablet 7.7..Laju betul samsung ni. Ni satu lagi gajet yg bakal mengegarkan peminat android.





SAMSUNG GALAXY NOTE – gabungan Smartphone dan tablet dalam satu gadget. Gajet ini sesuai kepada pengguna yg tidak dapat buat keputusan sama ada nak pakai tablet atau smartphone. Gabungan 2 dlm satu adalah idea bijak daripada samsung.

Saya yakin samsung galaxy note satu pelaburan yg bijak untuk anda. Segalanya bergantung kepada selera dan kemampuan kewangan.

Ciri-ciri menarik untuk GADGET ALL IN ONE nie ialah :

-Prestasi Kelajuan Tinggi dengan teknologi Android 2.3 Gingerbread dan Pemproses 1.4Hz Dual Core
- Visual grafik yang lebih realistik dengan paparan 5.3 inci HD Super AMOLED
- Catat nota dengan cepat dan mudah dengan S Pen Stylus
- Kualiti kamera 8 Megapiksel ( belakang ) 2 Megapiksel ( hadapan )
- Kapasiti memori dalaman 16GB dan maksimum 32GB dengan MicroSD

Kenapa pakai tablet?

Tablet pc melakukan kerja-kerja asas seperti menaip Word dokumen, Excel dan slide, menonton video, melayari internet dan bermain games. Ia adalah gajet peribadi yang sukar untuk dikongsi bersama dengan orang lain kerana segala maklumat dan login akaun pemilik disimpan di dalamnya. Asasnya hanya satu login dibenarkan. Kenapa perlu pakai tablet PC macam iPad atau Galaxy Tab atau Eepad?

Ringan dan santai
Mudah untuk membaca ebook
Boleh menonton video
Mudah nak scroll Facebook news feed atau blog (melayari internet)
Gajet Personal assistant
Portable Games

Friday, November 25, 2011

Lulusan PhD Tapi Kerja Sebagai Jaga

Jaipur, Rajasthan. Disebabkan tidak ada kerja kosong dengan masalah penganguran yang teruk seorang lulusan PhD di sana terpaksa bekerja sebagai penjaga hutan. Selain daripada beliau ada lagi lulusan lain seperti peguam, dan garaduan universiti lain yang terpaksa bekerja sebagai jaga di hutan bagi memelihara pokok-pokok di sana.

Vagata Ram Chaoudry merupakan seorang lulusan PhD dalam bidang sejarah terpaksa menunggu selama 6 bulan dengan bekerja sebagai jaga sebelum mendapat tempat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Rajasthan. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 10 ke 15 kilometer setiap hari dalam menjalankan tugasnya menjaga pokok hutan.

Begitulah nasib malang apabila kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang cukup kepada rakyatnya. Bagi mereka yang cekal dan tidak ada perasaan ego sudah tentu tidak akan menghadapi masalah untuk turun ke bawah bagi mencari sesuap nasi. Asalkan rezki yang dapat adalah halal kerja apapun bukanlah menjadi satu masalah.

Thursday, November 24, 2011

Dewan Rakyat lulus usul pemansuhan tiga Proklamasi Darurat

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang usul supaya tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

78 sekolah vokasional dinaik taraf kolej menjelang 2013

Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013.

Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan.

Semua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional berkenaan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi Sijil Tahap Dua.

Monday, November 21, 2011

Malaysia Juara Bolasepak Sukan SEA

MALAYSIA 5 INDONESIA 4

Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

Syabas Malaysia.

Sunday, November 20, 2011

Guru kerja 9 jam tak diteruskan

Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, kementerian berasakan program tersebut tidak perlu diteruskan, tetapi segala kajian yang telah dibuat akan dilakukan penelitian secara lebih mendalam.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya.

Saturday, November 19, 2011

MALAYSIA LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR

Skuad Malaysia layak ke Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 selepas membenam Myanmar 1-0 melalui jaringan Fakri Saarani pada minit ke 85.

Syabas Malaysia.

Borang bantuan khas diedar secara percuma mulai 1 Dis

Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion...untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.

Katanya pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.

Friday, November 18, 2011

Takwim Peperiksaan Dalaman Malaysia 2012

Antara penawar Hati Daripada Sifat Hasad Dengki

Cari ilmu yang menyuluh persoalan hati

Sentiasa ingat mati dan akhirat

Muhasabah diri

Berguru dengan guru yang murshid

Bergaul dengan sahabat yang soleh

Sentiasa bertafakur tentang nikmat Allah

Lunakkan hati dengan Al-quran dan Zikrullah

Istiqamah dan berdoa kepada Allah

Wang RM100 hak pelajar, keluarga

Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit.

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Thursday, November 17, 2011

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa

Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun

Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.


Sumber : Utusan

Sunday, November 13, 2011

Guru jangan panik dengan projek rintis KPM - Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak panik dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Ka Siong berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. "Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian.

Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Ka Siong.

Sumber :cUtusan Malaysia Online

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012

Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Friday, November 11, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Syabas Malaysia :Malaysia tewaskan Thailand 2-1

Skuad bola sepak negara menceriakan peluang untuk melangkah ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Sukan SEA, 2011 di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta, Indonesia petang ini.

Malaysia memperoleh jaringan pada minit ke-24 melalui Baddrol Bahtiar dan gol kemenangan hasil rembatan kencang Izzat Faris minit ke-85.

7 rombongan iblis di saat sakaratul maut

Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.

Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.

Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.

Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih

"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "

Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.

Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "

Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "

Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu (orangyang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah. "Situslakalaka

Monday, November 7, 2011

Honda CR-Z Dilancarkan Di Malaysia – RM115,000



Honda CR-Z di Malaysia adalah :

* RM115,000 (On The Rod -OTR) yang mana harga kereta yang akan dicukaikan ditentukan pada harga yang dicadangkan oleh Pengeluar Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP)
* Fully CBU di Jepun (warna yang ditawarkan adalah Premium White Pearl – putih mutiara premium)
* Enjin sama seperti Honda Insight (IMA – integrated motor assist)
* Harga Honda CR-Z di US : RM62,000 (automobiles.honda.com/cr-z)

Kenapa harganya boleh jadi murah. Sebab model Honda CR-Z ini mendapat pengecualian duti import daripada kerajaan :

* Kerana Honda CR-Z merupakan model kereta hybrid
* Duti import 0% hanya untuk kereta hybrid 2.0 ke bawah sahaja.
* Hanya cukai jualan 10% dikenakan

Pihak Honda Malaysia memberi jaminan pakej yang lebih baik bagi model hybrid CR-Z ini :

* Jaminan 3 tahun atau 100,000 km jaminan dengan 6 bulan atau 10,000 km perkhidmatan percuma
* Bateri hibrid mendapat jaminan selama 5 tahun atau 140,000 km manakala bateri standard menerima jaminan 2 tahun atau 40,000 km
* Selang Perkhidmatan masih lagi 5,000 km, seperti Hybrid Insight

Honda menawarkan 3 jenis pemanduan yang bersesuaian dengan anda yang boleh dipilih di stetreng anda samada memilih jenis :

* ECON (Jimat bahan api, prestasi biasa)
* NORMAL (Prestasi ditahap memuaskan dalam pada masa yang sama jimat minyak)
* SPORT (Pretasi sangat memuaskan daripada segi pecutan, streng yang responsif , lebih berkuasa dan pastinya mod ini tidak ekonomi daripada segi penggunaan bahan api)

Honda Cr-Z Spec di Malaysia :

* Enjin : 1.5 liter i-Vtec (sistem hibrid IMA)
* Kuasa : 124ps@6,000rpm
* Maksimum Tork : 174Nm@1,000-1,500rpm
* Transmisi : enam kelajuan (manual)
* Pelepasan gas CO2 : Hanya 117g/km (mesra alam)

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan bagi model Hybrid Honda CR-Z ini adalah seperti :

* Lampu utama Halogen dengan LED, Lampu kabus, Lampu belakang dengan rekaan LED
* Cermin sisi + lampu isyarat membelok
* Antena radio ‘Shark Fin’
* Kunci dengan gaya Jack Knife
* Rim aloi 16 inci
* Roda stereng dibalut kulit 3-spoke
* Gear knob aloi dan kulit
* Pedal sport aluminium
* Kusyen dibalut fabrik
* Kluster meter dengan iluminasi sport
* Cruise control
* Sistem audio dengan USB
* AUX dan serasi iPod (6 pembesar suara)
* Ruang bonet yang luas
* Beg udara i-SRS untuk pemandu dan beg udara SRS untuk penumpang
* Vehicle Stability Assist (VSA)
* Sistem ABS, BA, EBD, Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON) dan Front Seatbelt Pretensioner.

Sunday, November 6, 2011

Saturday, November 5, 2011

Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini

Borang permohonan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, akan keluar pada bulan hadapan, bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang permohonan bantuan RM500 tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

Bantuan RM500 ini adalah merupakan pengumuman daripada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 lepas. Dijangkakan bantuan RM500 ini akan mula diagihkan bermula januari 2012 secara berperingkat-peringkat.

* Borang permohonan secara online pun disediakan
* 3 juta isi rumah dijangka terlibat dengan pemberian bantuan RM500 ini dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
* Tempoh selama 14 hari bekerja memproses semua permohonan yang layak
* Kepada yang pemohon yang berjaya memperolehi bantuan RM500 ini, pembayaran akan dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik

Friday, November 4, 2011

FAEDAH-FAEDAH GERAK-GERI DALAM SOLAT

GAYA PERTAMA :

Berdiri lurus, kedua-dua tangan diangkat keatas, tapak tangan dibuka, jari terbuka dekat telinga dan ibu jari dibelakang cuping telinga sambil membaca : ALLAHU AKBAR

(tempoh masa 5 saat)



FAEDAHNYA :

Badan rasa senang menanggung berat badan itu kerana beratnya terletak sama rata dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan itu tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ketempat sujud. Otot-otot atas dan bawah belakang terasa senang dan rehat. Pusat (centre) otak yang atas dan bawah bersatu dan ini merupakan kesatuan tujuan.


GAYA KEDUA :

Berdiri betul membaca Al-Fatehah dan Surah

(tempoh masa 40-60 saat)



FAEDAHNYA :

Menimbulkan konsentrasi, selanjutnya merehatkan kaki dan belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan itu, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna keseluruhan badan, fikiran dan jiwa. Bagi getaran vocal panjang A,I,U merangsangkan hati, kelenjar gondok (tiroid), kelenjar “pineal”, pitunitary, adrenal dan paru-paru. Membersih dan mempertingkatkan semua anggota itu.



GAYA KETIGA :

Rukuk’

(tempoh masa 20 saat)



FAEDAHNYA :

Merenggangkan sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, peha, betis. Darah dipam kebadan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama kelamaan gaya ini mempertingkatkan lagi peribadi menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.



GAYA KE-EMPAT :

‘Aqtidal

(tempoh masa 6 saat)



FAEDAHNYA :

Darah yang baru bergerak masuk kedalam semasa gaya yang dahulu kembali kekeadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna (toksik). Badan mendapatkan balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.



GAYA KE-LIMA :

Sujud pertama. Letakkan kedua-dua tangan diatas kedua lutut dan rendahkan diri kamu dengan perlahan dan mudah kepada kedudukan berlutut. Kemudian sentuhkan kepala dan kedua tangan ke lantai. Keseluruhan tujuh anggota sujud harus menyentuh lantai : dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua jari kaki.

(tempoh masa 12 saat)



FAEDAHNYA :

Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakan perut menjadi buncit. Menambahkan aliran darah kebahagian atas badan, khususnya kepala (termasuklah mata, telinga dan hidung) dan paru-paru, “mental toxin” dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukkan janin wanita yang hamil. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan (elasticity) sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada Allah. Meninggikan makam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi keseluruhan badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.



GAYA KE-ENAM :

Duduk antara dua sujud.

(tempoh masa 6 saat)



FAEDAHNYA :

Tumit kaki kanan melentur dan berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak keatas, dibawah badan mereka tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut kebawah.



GAYA KE-TUJUH :

Sujud ke-dua.

(tempoh masa 12 saat)



FAEDAHNYA :

Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidenan seluruh badan disempurnakan, mengimbangi sistem urat saraf.