Tuesday, November 30, 2010

RON97 Naik. Harga Baru RM2.30

Kenderaan yang menggunakan minyak RON97 akan membayar harga RM2.30 iaitu kenaikan sebanyak 15 sen per liter bermula 1.12.2010. Harga baru bagi minyak RON97 adalah sebanyak RM2.30 per liter.

Harga RON95 dan diesel tetap sama dan tiada sebarang kenaikan.

Bantuan Khas Kewangan boleh dituntut mulai esok

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini, penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.

Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, mereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.

Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di laman web .

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my.

Sumber: Utusan

Monday, November 29, 2010

Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan 2010 sebanyak RM500 akan dibayar pada 1.12.2010.

Pegawai yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Kedua 2010 adalah seperti berikut:

a. Pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, contract of service dan guru sandaran;
b. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
c. Pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’ ke atas dan setaraf yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;
d. Pegawai contract of service yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan kontraknya; dan
e. Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji/ berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya/ dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2010.

4. Bantuan Khas Kewangan Kedua 2010 juga dipanjangkan kepada pegawai yang berkhidmat secara contract for service yang setaraf gred 54 dan ke bawah.


Pegawai Yang Tidak Layak

5. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang tidak layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Kedua 2010 adalah seperti berikut:
a. Pegawai yang tidak lagi berkhidmat sebelum 15 Oktober 2010;
b. Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tahun 2010;
c. Pegawai yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tahun 2010;
d. Pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2010;
e. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan Perkhidmatan Awam atau demi kepentingan awam dalam tahun 2010;
f. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran; dan3
g. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama/ Gred Khas.

Pantang Larang Bakal Pengantin


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.



2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.



3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.



4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit



5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.



6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.



7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.



8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.



9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.



10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.



11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)



12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.



13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.



14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.



15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.



16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.



17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.



18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.



19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.



20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.



21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.



22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.



23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan



24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.



25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.



26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).



27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.



28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.



29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.



30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.



32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.



33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.



34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.



35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.



36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.



38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.



39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.



40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.



41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.



43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Sunday, November 28, 2010

Impian Tercapai

Malaysia mendapat 9 pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa mengumpulkan jumlah keseluruhan 41 pingat tetap satu pencapaian terbaik negara dalam Sukan Asia.

Atlet emas seperti Datuk Nicol David , Azlan Iskandar, pasukan skuasy wanita dan Azizulhasni Awang menepati jangkaan apabila menyerlah dalam sukan masing-masing dan kejayaan mereka menyuntik atlet lain yang tiada dalam sasaran emas seperti Chai Fong Ying, Alex Liew, Adrian Ang, Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran untuk melengkapkan sembilan emas.

Syabas Malaysia.

Saturday, November 27, 2010

PERGI

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Friday, November 26, 2010

Facebook


Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook. Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.

Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

Wednesday, November 24, 2010

Sarapan Pagi

Antara kelebihan Bersarapan Waktu Pagi adalah :

1) INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!


2)Membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.


3)Memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.


4)Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

Monday, November 22, 2010

SPM 2010

SPM 2010 akan bermula pada 23.11.2010 sehingga 20.12.2010. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjawab Soalan SPM 2010. Berjuang sehingga akhir. Jangan mengalah. Kejayaan menanti anda.

Selamat Berjaya.

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah Bermula


Cuti Sekolah akan bermula dari 20.11.2010 hingga 2.1.2011. Penulis mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar.

Untuk pelajar SPM 2010, Selamat menghadapi peperiksaan SPM. Jawablah dengan sebaik mungkin.

Gunakan cuti sekolah sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah.

Thursday, November 18, 2010

Celcom Broadband

Mengapa gunakan teknologi tanpa wayar, sedangkan teknologi berwayar lebih stabil? Ada beberapa perkara yang menyebabkan pengguna internet tempatan lebih suka beralih kepada teknologi tanpa wayar (wireless). Salah satu faktornya adalah kelembapan proses pemasangan tersebut.


Berbanding dengan broadband sedia ada, dikatakan proses pemasangan Streamyx amat melecehkan pengguna dimana mereka terpaksa menunggu berminggu-minggu.

Masa mula-mula sangat kagum dengan kelajuan dia. Tapi lepas tuh… hmmm..

Khidmat pelanggan boleh tahan bagus. Ade sedikit ketidakpuasan hati sebab pada semasa nak guna broadband pekerja Celcom mendakwa Internet tanpa had. Tiba-tiba dapat message had penggunaan dah mencecah 5Gb?

Liputan Celcom baik tetapi kelajuan internet macam siput. Perlukah saya menukar ke syarikat yang lain?

Monday, November 15, 2010

Hikmah Perkahwinan

Pertama:
Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya:
Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Kedua:
Untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Ketiga:
Memudahkan datangnya rezeki.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Keempat:
Bertujuan untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:

Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.

Kelima:
Untuk menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.

Muslimin yang berbahagia,
Bersempena dengan kita meraikan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, marilah kita sama-sama menadah tangan kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mendoakan agar diberkati dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin Ya Rabbal-'Aalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:

Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

Saturday, November 13, 2010

Sukan Asia XVI


GUANGZHOU, China - China melancarkan Temasya Sukan Asia XVI di bandar ini dengan flotilla bot yang bercahaya sambil membawa 45 pasukan sepanjang Pearl River semalam.

Setiap bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu neon dengan ikon nasional setiap pasukan bersaing diarak sepanjang sungai berkenaan sambil disaksikan oleh 34,000 pegawai dan pengunjung di bandar Pulau Haixinsha itu.

Malaysia akan membuka tirai dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat esok.

Renang, basikal trek, menembak dan wushu menjadi taruhan hari pertama kontinjen seramai 333 atlet dan 144 pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.

Friday, November 12, 2010

Viva Elite Exclusive Edition (2010)





Perodua telah melancarkan varian terbaru Viva yang ditambahbaik, Viva Edisi Eksklusif. Edisi terbaru Viva ini dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan Perodua, selain daripada model Myvi dan Alza.

Viva Elite Edisi Eksklusif ini dijual dengan harga RM42, 000 di atas jalan. Boleh didapati dengan warna baru, Classy Purple, ia disasarkan kepada golongan muda mahupun keluarga yang inginkan kereta kedua. Model ini juga terdapat 2 lagi warna pilihan iaitu, Midnight Blue dan Ivory White.

Thursday, November 11, 2010

48,327 calon UPSR dapat keputusan cemerlang, semua A

Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A.

Ketua Pengarah pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat dan merupakan terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Syabas kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang masih ada ruang untuk perbaiki dalam peperiksaan awam yang akan datang.

Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira. Pelancaran Rasmi Hari Ini.


Gambar: paultan.org

■Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
■Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
■Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Kereta Proton Inspira didatangkan dengan empat warna iaitu hitam, perak, putih dan merah dengan teknologi CVT dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III).

Ciri-ciri lain ialah 'auto cruise', lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang di hadapan dan belakang serta beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Masih Adakah Yang Sayang

Seorang lelaki berusia 23 tahun menetak kepala ibunya dengan kapak sehingga mati kerana menuntut ilmu salah di koridor rumah mereka di Felda Chini Timur 1, Pekan Pahang.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat pendarahan di kepala selepas ditetak dengan kapak pemotong buah sawit.

Tuesday, November 9, 2010

Harga getah SMR20 naik

Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.


Harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Hujan, ribut petir di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu malam ini

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Monday, November 8, 2010

Air Asia Beri Sejuta Tempat Duduk Percuma

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memberi secara percuma satu juta tempat duduk sekali lagi bagi semua destinasi domestik dan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran itu akan bermula 9 November hingga 14 November 2010 dan tersedia secara eksklusif dalam talian di laman web www.airasia.com.

Ia berkata, tempoh perjalanan bagi kempen tersebut adalah dari 1 Julai hingga 10 November 2011.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, tempat duduk itu adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang.

"Kali ini, terdapat dua lagi saluran Blackberry dan Android App selain daripada laman web dan laman mudah alih untuk pelanggan mendapatkan tempat duduk percuma mereka," katanya.

Tan berkata, pada Ogos tahun ini AirAsia telah memecah rekod jualan dunia dengan menjual lebih 500,000 tempat duduk dalam masa 24 jam semasa kempen 'Mind Blowing Fare' dengan tambang berharga RM1.

Menurutnya, bahagian percutian syarikat, AirAsiaGo, juga akan menawarkan bilik hotel berharga RM1 di destinasi domestik dan antarabangsa secara eksklusif menerusi www.airasiago.com.

"Tawaran itu terhad bagi tempoh tempahan 9 ke 14 November 2010, dan terpakai bagi tempoh perjalanan daripada sekarang hingga 31 Ogos 2011," katanya. - BERNAMA

Abdul Ghafar Mahmud dilantik KP Pelajaran baru


Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

Saturday, November 6, 2010

Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 November

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:


1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.-Bernama

Friday, November 5, 2010

Keputusan UPSR 2010 11 Nov

PUTRAJAYA 4 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini.

Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan.

"Satu majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2010 akan diadakan pada hari Khamis berkenaan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya," kata kenyataan itu di sini.

Pada tahun ini, 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 486,321 orang atau 98.3 peratus manakala baki 8,172 (1.7 peratus) adalah calon sekolah swasta.


Sumber : Utusan

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD DOM


TAN SRI ALIMUDDIN MOHD DOM akan bersara pada 6 November setelah 34 tahun berada dalam bidang pendidikan. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selepas meninggalkan Putrajaya.

Dalam nada sedih berbaur gembira, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) itu memberitahu Utusan Malaysia bahawa beliau akan meneruskan kelangsungan darah pendidik yang mengakar umbi dalam dirinya melalui YGMB.

Ketika ditanya, bagaimanakah beliau mahu dikenang setelah melangkah keluar dari bilik KPPM, Alimuddin berkata, biarlah dia dikenali sebagai KPPM yang berjiwa guru biasa kerana banyak usaha beliau tertumpu kepada usaha memartabatkan profesion perguruan melalui beberapa dasar kerajaan sama ada secara langsung atau tidak.

Kerjaya Alimuddin bermula pada 1976 sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak, diikuti sembilan sekolah lain termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Ketua Jemaah Nazir dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah).

Beliau memegang jawatan profesional tertinggi bidang perguruan sebagai KPPM bermula 16 Julai 2007 sehingga sekarang.


Harapan Tan Sri kepada guru :

Saya harap guru jangan menconteng arang kepada profesion perguruan. Jaga nama baik profesion itu. Ada guru yang melanggar tata susila profesion itu, antaranya penyelewengan wang, gangguan seksual, terlibat dengan najis dadah dan juga perbuatan jenayah.

Saya sangat memberi perhatian, dan selalu saya tekankan, tidak sepatutnya guru melakukan perbuatan ini. Biarlah kita sentiasa disanjung oleh masyarakat.

Wednesday, November 3, 2010

Proton tawar kereta hibrid bawah RM100,000

Penasihat Proton Holdings Bhd, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Proton sedang meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain.

Tuesday, November 2, 2010

Amaran hujan lebat di Pantai Timur dan utara Semenanjung


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Sumber: Utusan

Monday, November 1, 2010