Wednesday, November 30, 2011

Celcom broadband vs Digi broadband

Cukup menyampah dengan digi, selalu putus connection. Perlu ke saya langgan pakej celcom untuk saya punya samsung galaxy tab10.1?

Sekarang saya gunakan Celcom broadband untuk laptop manakala Digi broadband untuk tablet. Kalau saya guna celcom pada tablet, leceh sebab kena masukkan sim card setiap kali nak guna internet.

Celcom memang puas hati sebab lancar tetapi untuk digi..lembab, selalu putus.

Kesimpulannya :
Coverage : Celcom
Prestasi : Celcom

Walaupun celcom pun lembab tapi digi lagi lembab. Bila sudah guna dua dua pakej internet ini, terpaksa berpuas hati dengan perkhidmatan celcom.

Kepada yang ingin mencuba pakej broadband, pilihan terbaik adalah celcom.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu.

Antara maklumat sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome dan kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,000
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

// Untuk maklumat lebih lanjut, kita tunggu pekeliling akan keluar x lama lagi.

Tuesday, November 29, 2011

Internet Percuma di Selangor Bermula Tahun 2012

Kerajaan Selangor merancang untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma pula di Selangor yang akan meliputi kawasan bandar dan juga di luar bandar.
Selain itu, kerajaan Selangor nak berikan juga komputer percuma kepada golongan belia di Selangor.

Kenapa internet percuma ditawarkan di Selangor?
1.Mahu mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran
2.Menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara


//Bila lah nak ada wifi percuma di Perak ni ...

Sunday, November 27, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE | The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Sasaran buku bacaan saya pada kali ini adalah A DOCTOR IN THE HOUSE | The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Terujanya..

Buku yang ditulis oleh mantan perdana menteri malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diberi judul “A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia telah dilancarkan dan dijual diseluruh cawangan MPH dan kedai-kedai buku seluruh negara pada 8 Mac 2011. Buku dijual dengan harga RM100.00 senaskhah.

Rugi tak baca buku ni. Mesti dapatkan di kedai Mph...

Saturday, November 26, 2011

Samsung Galaxy Note - Harga RM2299 tanpa pakej

Tak terkejar teknologi..baru beli samsung galaxy tab 10.1, keluar pula tab 8.9 yg lebih comel, then akan keluar pula tablet 7.7..Laju betul samsung ni. Ni satu lagi gajet yg bakal mengegarkan peminat android.





SAMSUNG GALAXY NOTE – gabungan Smartphone dan tablet dalam satu gadget. Gajet ini sesuai kepada pengguna yg tidak dapat buat keputusan sama ada nak pakai tablet atau smartphone. Gabungan 2 dlm satu adalah idea bijak daripada samsung.

Saya yakin samsung galaxy note satu pelaburan yg bijak untuk anda. Segalanya bergantung kepada selera dan kemampuan kewangan.

Ciri-ciri menarik untuk GADGET ALL IN ONE nie ialah :

-Prestasi Kelajuan Tinggi dengan teknologi Android 2.3 Gingerbread dan Pemproses 1.4Hz Dual Core
- Visual grafik yang lebih realistik dengan paparan 5.3 inci HD Super AMOLED
- Catat nota dengan cepat dan mudah dengan S Pen Stylus
- Kualiti kamera 8 Megapiksel ( belakang ) 2 Megapiksel ( hadapan )
- Kapasiti memori dalaman 16GB dan maksimum 32GB dengan MicroSD

Kenapa pakai tablet?

Tablet pc melakukan kerja-kerja asas seperti menaip Word dokumen, Excel dan slide, menonton video, melayari internet dan bermain games. Ia adalah gajet peribadi yang sukar untuk dikongsi bersama dengan orang lain kerana segala maklumat dan login akaun pemilik disimpan di dalamnya. Asasnya hanya satu login dibenarkan. Kenapa perlu pakai tablet PC macam iPad atau Galaxy Tab atau Eepad?

Ringan dan santai
Mudah untuk membaca ebook
Boleh menonton video
Mudah nak scroll Facebook news feed atau blog (melayari internet)
Gajet Personal assistant
Portable Games

Friday, November 25, 2011

Lulusan PhD Tapi Kerja Sebagai Jaga

Jaipur, Rajasthan. Disebabkan tidak ada kerja kosong dengan masalah penganguran yang teruk seorang lulusan PhD di sana terpaksa bekerja sebagai penjaga hutan. Selain daripada beliau ada lagi lulusan lain seperti peguam, dan garaduan universiti lain yang terpaksa bekerja sebagai jaga di hutan bagi memelihara pokok-pokok di sana.

Vagata Ram Chaoudry merupakan seorang lulusan PhD dalam bidang sejarah terpaksa menunggu selama 6 bulan dengan bekerja sebagai jaga sebelum mendapat tempat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Rajasthan. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 10 ke 15 kilometer setiap hari dalam menjalankan tugasnya menjaga pokok hutan.

Begitulah nasib malang apabila kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang cukup kepada rakyatnya. Bagi mereka yang cekal dan tidak ada perasaan ego sudah tentu tidak akan menghadapi masalah untuk turun ke bawah bagi mencari sesuap nasi. Asalkan rezki yang dapat adalah halal kerja apapun bukanlah menjadi satu masalah.

Thursday, November 24, 2011

Dewan Rakyat lulus usul pemansuhan tiga Proklamasi Darurat

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang usul supaya tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

78 sekolah vokasional dinaik taraf kolej menjelang 2013

Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013.

Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan.

Semua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional berkenaan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi Sijil Tahap Dua.

Monday, November 21, 2011

Malaysia Juara Bolasepak Sukan SEA

MALAYSIA 5 INDONESIA 4

Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

Syabas Malaysia.

Sunday, November 20, 2011

Guru kerja 9 jam tak diteruskan

Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, kementerian berasakan program tersebut tidak perlu diteruskan, tetapi segala kajian yang telah dibuat akan dilakukan penelitian secara lebih mendalam.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya.

Saturday, November 19, 2011

MALAYSIA LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR

Skuad Malaysia layak ke Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 selepas membenam Myanmar 1-0 melalui jaringan Fakri Saarani pada minit ke 85.

Syabas Malaysia.

Borang bantuan khas diedar secara percuma mulai 1 Dis

Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion...untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.

Katanya pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.

Friday, November 18, 2011

Takwim Peperiksaan Dalaman Malaysia 2012

Antara penawar Hati Daripada Sifat Hasad Dengki

Cari ilmu yang menyuluh persoalan hati

Sentiasa ingat mati dan akhirat

Muhasabah diri

Berguru dengan guru yang murshid

Bergaul dengan sahabat yang soleh

Sentiasa bertafakur tentang nikmat Allah

Lunakkan hati dengan Al-quran dan Zikrullah

Istiqamah dan berdoa kepada Allah

Wang RM100 hak pelajar, keluarga

Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit.

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Thursday, November 17, 2011

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa

Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun

Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.


Sumber : Utusan

Sunday, November 13, 2011

Guru jangan panik dengan projek rintis KPM - Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak panik dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Ka Siong berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. "Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian.

Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Ka Siong.

Sumber :cUtusan Malaysia Online

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012

Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Friday, November 11, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Syabas Malaysia :Malaysia tewaskan Thailand 2-1

Skuad bola sepak negara menceriakan peluang untuk melangkah ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Sukan SEA, 2011 di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta, Indonesia petang ini.

Malaysia memperoleh jaringan pada minit ke-24 melalui Baddrol Bahtiar dan gol kemenangan hasil rembatan kencang Izzat Faris minit ke-85.

7 rombongan iblis di saat sakaratul maut

Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.

Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang kesayangannya.

Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.

Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih

"Wahai anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "

Maka dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.

Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "

Berkata ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "

Ketika tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang artinya: "Ajarkan oleh kamu (orangyang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah. "Situslakalaka

Monday, November 7, 2011

Honda CR-Z Dilancarkan Di Malaysia – RM115,000



Honda CR-Z di Malaysia adalah :

* RM115,000 (On The Rod -OTR) yang mana harga kereta yang akan dicukaikan ditentukan pada harga yang dicadangkan oleh Pengeluar Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP)
* Fully CBU di Jepun (warna yang ditawarkan adalah Premium White Pearl – putih mutiara premium)
* Enjin sama seperti Honda Insight (IMA – integrated motor assist)
* Harga Honda CR-Z di US : RM62,000 (automobiles.honda.com/cr-z)

Kenapa harganya boleh jadi murah. Sebab model Honda CR-Z ini mendapat pengecualian duti import daripada kerajaan :

* Kerana Honda CR-Z merupakan model kereta hybrid
* Duti import 0% hanya untuk kereta hybrid 2.0 ke bawah sahaja.
* Hanya cukai jualan 10% dikenakan

Pihak Honda Malaysia memberi jaminan pakej yang lebih baik bagi model hybrid CR-Z ini :

* Jaminan 3 tahun atau 100,000 km jaminan dengan 6 bulan atau 10,000 km perkhidmatan percuma
* Bateri hibrid mendapat jaminan selama 5 tahun atau 140,000 km manakala bateri standard menerima jaminan 2 tahun atau 40,000 km
* Selang Perkhidmatan masih lagi 5,000 km, seperti Hybrid Insight

Honda menawarkan 3 jenis pemanduan yang bersesuaian dengan anda yang boleh dipilih di stetreng anda samada memilih jenis :

* ECON (Jimat bahan api, prestasi biasa)
* NORMAL (Prestasi ditahap memuaskan dalam pada masa yang sama jimat minyak)
* SPORT (Pretasi sangat memuaskan daripada segi pecutan, streng yang responsif , lebih berkuasa dan pastinya mod ini tidak ekonomi daripada segi penggunaan bahan api)

Honda Cr-Z Spec di Malaysia :

* Enjin : 1.5 liter i-Vtec (sistem hibrid IMA)
* Kuasa : 124ps@6,000rpm
* Maksimum Tork : 174Nm@1,000-1,500rpm
* Transmisi : enam kelajuan (manual)
* Pelepasan gas CO2 : Hanya 117g/km (mesra alam)

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan bagi model Hybrid Honda CR-Z ini adalah seperti :

* Lampu utama Halogen dengan LED, Lampu kabus, Lampu belakang dengan rekaan LED
* Cermin sisi + lampu isyarat membelok
* Antena radio ‘Shark Fin’
* Kunci dengan gaya Jack Knife
* Rim aloi 16 inci
* Roda stereng dibalut kulit 3-spoke
* Gear knob aloi dan kulit
* Pedal sport aluminium
* Kusyen dibalut fabrik
* Kluster meter dengan iluminasi sport
* Cruise control
* Sistem audio dengan USB
* AUX dan serasi iPod (6 pembesar suara)
* Ruang bonet yang luas
* Beg udara i-SRS untuk pemandu dan beg udara SRS untuk penumpang
* Vehicle Stability Assist (VSA)
* Sistem ABS, BA, EBD, Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON) dan Front Seatbelt Pretensioner.

Sunday, November 6, 2011

Saturday, November 5, 2011

Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini

Borang permohonan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, akan keluar pada bulan hadapan, bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang permohonan bantuan RM500 tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

Bantuan RM500 ini adalah merupakan pengumuman daripada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 lepas. Dijangkakan bantuan RM500 ini akan mula diagihkan bermula januari 2012 secara berperingkat-peringkat.

* Borang permohonan secara online pun disediakan
* 3 juta isi rumah dijangka terlibat dengan pemberian bantuan RM500 ini dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
* Tempoh selama 14 hari bekerja memproses semua permohonan yang layak
* Kepada yang pemohon yang berjaya memperolehi bantuan RM500 ini, pembayaran akan dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik

Friday, November 4, 2011

FAEDAH-FAEDAH GERAK-GERI DALAM SOLAT

GAYA PERTAMA :

Berdiri lurus, kedua-dua tangan diangkat keatas, tapak tangan dibuka, jari terbuka dekat telinga dan ibu jari dibelakang cuping telinga sambil membaca : ALLAHU AKBAR

(tempoh masa 5 saat)



FAEDAHNYA :

Badan rasa senang menanggung berat badan itu kerana beratnya terletak sama rata dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan itu tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ketempat sujud. Otot-otot atas dan bawah belakang terasa senang dan rehat. Pusat (centre) otak yang atas dan bawah bersatu dan ini merupakan kesatuan tujuan.


GAYA KEDUA :

Berdiri betul membaca Al-Fatehah dan Surah

(tempoh masa 40-60 saat)



FAEDAHNYA :

Menimbulkan konsentrasi, selanjutnya merehatkan kaki dan belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan itu, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna keseluruhan badan, fikiran dan jiwa. Bagi getaran vocal panjang A,I,U merangsangkan hati, kelenjar gondok (tiroid), kelenjar “pineal”, pitunitary, adrenal dan paru-paru. Membersih dan mempertingkatkan semua anggota itu.



GAYA KETIGA :

Rukuk’

(tempoh masa 20 saat)



FAEDAHNYA :

Merenggangkan sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, peha, betis. Darah dipam kebadan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama kelamaan gaya ini mempertingkatkan lagi peribadi menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.



GAYA KE-EMPAT :

‘Aqtidal

(tempoh masa 6 saat)



FAEDAHNYA :

Darah yang baru bergerak masuk kedalam semasa gaya yang dahulu kembali kekeadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna (toksik). Badan mendapatkan balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.



GAYA KE-LIMA :

Sujud pertama. Letakkan kedua-dua tangan diatas kedua lutut dan rendahkan diri kamu dengan perlahan dan mudah kepada kedudukan berlutut. Kemudian sentuhkan kepala dan kedua tangan ke lantai. Keseluruhan tujuh anggota sujud harus menyentuh lantai : dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua jari kaki.

(tempoh masa 12 saat)



FAEDAHNYA :

Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakan perut menjadi buncit. Menambahkan aliran darah kebahagian atas badan, khususnya kepala (termasuklah mata, telinga dan hidung) dan paru-paru, “mental toxin” dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukkan janin wanita yang hamil. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan (elasticity) sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada Allah. Meninggikan makam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi keseluruhan badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.



GAYA KE-ENAM :

Duduk antara dua sujud.

(tempoh masa 6 saat)



FAEDAHNYA :

Tumit kaki kanan melentur dan berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak keatas, dibawah badan mereka tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut kebawah.



GAYA KE-TUJUH :

Sujud ke-dua.

(tempoh masa 12 saat)



FAEDAHNYA :

Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidenan seluruh badan disempurnakan, mengimbangi sistem urat saraf.

Tuesday, November 1, 2011

Beristeri 4

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.


DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari!



Sumber : Panglima7