Saturday, April 30, 2016

MUS HOMESTAY di Taman Pinji Mewah,Ipoh @Homestay in Ipoh,Perak.

Assalamualaikum,

Kami menyediakan rumah penginapan di Bandaraya Ipoh yang sesuai untuk percutian keluarga,seminar, kursus dll.

Alamat:

No.66,Tingkat Zarib 5B,
Taman Pinji Mewah,
31500,Lahat,Ipoh,
Perak.

Kelengkapan rumah:

Rumah Teres 2 Tingkat,

4 bilik tidur,3 bilik air.
Bilik tidur utama berhawa dingin.
Set sofa ruang tamu,
Set meja makan,tv,peti ais dapur,seterika dll.
Set bilik tidur katil queen dan bujang.
Bilik dan kemudahan solat.
Kemudahan pinggan mangkuk,periuk dll.

Kemudahan berhampiran:

1.AEON,Tesco-3 km.
2.Bandaraya Ipoh-10km.
3.Bandar Batu Gajah-12km
4.Tol Spg.Pulai-8km.
5.Lebuhraya Ipoh-Lumut - 8km.
6.Maybank,Public Bank.
7.UITM,UTP-25km.
8.Masjid al-Hidayah-0.5km

Restoren popular:

1.Ramli Mee Rebus-3km.
2.Res.Ikan Bakar Tasik Raban -3km.
3.Nasi Ayam Periuk Besar
4.Laksa Sarang Ipoh dll.

Kadar sewa RM250 semalam,deposit RM50 semalam dan seterusnya.
(untuk lock booking)

Bayaran penuh ketika masuk.

Check in: 3.00 ptg.
Check out:12.00 t.hari.

Tempahan hubungi:

En.Mustafa,
H/P: 017-5076362

R: 05-3236443.










SYARAT- SYARAT :

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. 
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan.
5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.
7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
10. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
11. Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay.
12. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa jika perlu.
12. Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya 12.00 PM. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan. 
13. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (Kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian). 

No comments:

Post a Comment