Sunday, December 30, 2012

Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun

Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah

Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500

Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka

Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru.

Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ 

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :http://nbi.skmm.gov.my/

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013



Wednesday, December 19, 2012

PMR 2012 : 30,474 calon dapat A keseluruhan mata pelajaran

Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.

Empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi.

Saturday, December 15, 2012

Keputusan PMR 2012 Pada 19 Disember 2012


Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).


Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS

Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888

Tuesday, November 27, 2012

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2013

Januari : 23 Januari 2013 (Hari Rabu)

Februari : 25 Februari 2013 (Hari Khamis)

Mac : 25 Mac 2013 (Hari Isnin)

April : 25 April 2013 (Hari Khamis)

Mei : 23 Mei 2013 (Hari Khamis)

Jun : 25 Jun 2013 (Hari Selasa)

Julai : 25 Julai 2013 (Hari Khamis)

Ogos : 22 Ogos 2013 (Hari Khamis)

September : 25 September 2013(Hari Rabu)

Oktober : 8 Oktober 2013 (Hari Selasa)

November : 25 November 2013 (Hari Isnin)

Disember : 18 Disember 2013 (Hari Rabu)

Sunday, November 4, 2012

BR1M 2.0

Bermula 1 November 2012, dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Borang BR1M 2.0 sudah mula disiarkan diakhbar-akhbar arus perdana dan juga boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M
Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M
KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my
Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :
  1. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  2. Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013
Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :

Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500
  1. Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250
  1. Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.                                                                                        
  1. Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Friday, October 26, 2012

Neelofa Dengan Gayanya..


Mesti ramai jejaka diluar sana terpegun dgn gaya menawan drp Neelofa. Sabar je lah.

Sunday, October 21, 2012

Ibuku Seorang Pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. 

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. 

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. 

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN 

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu. -iluvislam 

(Koleksi: Hamzah Mohd Taib, Institut Aminuddin Baki)

Sunday, October 14, 2012

Kelebihan Samsung Galaxy S III

Galaxy S3 dipek dengan ciri-ciri pintar yang membolehkan ia memahami dan bertindak balas kepada tindakan kita (bunyinya macam kenal!) seterusnya memberikan pengalaman mudah alih yang paling lancar, semula jadi dan berorientasikan sifat manusia.

Kelebihan :

Reka bentuk - Dari segi reka bentuk, S3 memang agak ringan - 133g dan tahap kenipisannya memang munasabah iaitu 8.6mm. Samsung mendakwa ia telah direka untuk mengoptimumkan cengkaman pegangan kita supaya tidak mudah jatuh dan lancar ketika menaip.

Kapasiti penyimpanan - Galaxy S3 menawarkan pilihan penyimpanan 16GB dan 32GB dengan Samsung menjanjikan versi 64GB akan boleh didapati tidak lama lagi. Telefon ini menyokong slot microSD, yang tidak dimiliki telefon lain seperti iPhone 4S dan HTC One X.

Sistem Operasi — Galaxy S3 akan disetkan pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) yang dilaporkan menawarkan teknologi intuitif bagi menyampaikan pengalaman mudah alih peribadi yang unik. Betul, setakat, ICS menawarkan kepakaran tinggi dari aspek antaramuka dan penggunaan lancar, sesuai untuk pelbagai tugas yang kita alami seharian.

Komunikasi Jarak Dekat (NFC) - Galaxy S3 mempunyai teknologi NFC yang membolehkan transaksi tanpa tunai dan pemindahan data dengan hanya menyentuh dua peranti secara serasi bersama. Ia belum diperkenalkan dengan meluas di negara ini tapi lama-kelamaan ia pasti tiba dalam masa terdekat.

S Voice - Galaxy S3 mempunyai suara yang diaktifkan sebagai pembantu peribadi (menyamai fungsi Siri pada iPhone 4s) — suara tersebut digelar S - Antaramuka pengguna bahasa yang maju direka seakan semulajadi tersebut boleh menjawab atau menolak panggilan dan boleh memberitahu keadaan kamera semasa proses rakaman dilakukan. Di samping itu, ia lebih dari mampu untuk menghantar mesej dan e-mel dan menetapkan jadual menggunakan suara saja.

Ciri-ciri tambahan - Panggilan terus, Isyarat Pintar, S Beam, Cast AllShare, AllShare Play dan rakaman Burst pada kameranya ditonjolkan dengan ketara dan sememangnya menjadi aspek penting bagi ICS.

Mengecas secara wayarles - Galaxy S3 mempunyai teknologi pengecastanpa wayar yang direka berdasarkan pengecas induktif. Letak saja telefon anda, ia akan mengecas menerusi platform khusus.

Wednesday, October 10, 2012

Monday, October 1, 2012

Laptop dengan OS Windows 8

Jangka hayat sebuah laptop selalunya 2 tahun lebih...masuk tahun ke 3 , macam macam masalah pasti timbul. Laptop saya berjenama compaq sudah berusia lebih 2 tahun. Dari segi teknologi memang jauh ketinggalan kebelakang.

Gajet terbaru dalam pemikiran saya adalah sebuah laptop yang menggunakan sistem operasi windows 8.
Tahun 2011  samsung galaxy tab tab10.1
Tahun 2012 samsung galaxy s3
Tahun 2013 Sebuah laptop jenama Dell ?
Tunggu...

Saturday, September 29, 2012

Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS

1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI

2. Semakan saman PDRM melalui SMS:

Taip POLIS SAMAN [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728

3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip jpj your IC Number and send to 37773

Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

4. Melalui SMS 15888

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013


Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”

Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion

Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia

Pendapatan per kapita negara : RM31,000
Rizab antarabangsa : RM432.2 bilion.
Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
Defisit kerajaan 2012 : 4.5%

Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia

Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.

RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan 

Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal

SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten

Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam



Sumber : Berita Semasa 




Thursday, September 20, 2012

6 Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan Dalam Bajet 2013


1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga RM60,000 dan RM150,000. 

2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini

3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam

4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan

5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat

6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan

Wednesday, September 19, 2012

CUEPACS tuntut rumah lebih murah untuk penjawat awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam, di dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, sementara rumah mampu milik terdapat di kawasan luar bandar, ia terlalu jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Kita mahu kerajaan untuk mencadangkan polisi untuk memastikan 35 peratus dari perumahan di bandar bernilai RM60,000 hingga RM150,000 untuk dilaksanakan agar penjawat awam yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000 untuk mudah ke tempat kerja,” kata Osman.

Dia juga menambah beberapa tuntutan seperti menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), selesaikan isu 45,000 hingga 60,000 penjawat awam kontrak dan penambahan elaun penambahan kos (COLA) yang pernah dibangkitkan dahulu.


Tuesday, September 11, 2012

Huawei Mobile Wifi



Gajet terbaru. Mobile Wifi. Sebelum ini saya menggunakan celcom broadband. Device guna dongle. Sekarang masih lagi guna celcom broadband tapi guna device yg boleh wifi.

Dulu guna dongle hanya seorang saja boleh guna dan kena cucuk kat laptop tapi dgb mobile wifi menjadi lebih mudah.

Kelebihan Mobile wifi :
1. Tidak perlu cucuk pada laptop atau pc
2. Boleh dibawa ke mana mana. Guna bateri yg boleh dicas. Tahan 5 jam.
3. Boleh guna sehingga 8 alat serentak. Contoh pc ,laptop, tablet, telefon dan psp.
4. Jika dirumah boleh guna pengecas. Dalam kereta paun boleh cas device ini

Mudah...boleh online dimana mana tanpa perlu.melanggan data tambahan. Cukup hanya ada satu saja. Cth celcom.

Harga rm299.

Sunday, September 9, 2012

Samsung Galaxy S 3

Samsung galaxy s 3 kini milik saya. Harga Rm1999.00. Puas hati. Ini gajet terbaru dan terbaik setakat ini.

Kepada pembaca..best Samsung galaxy s 3.

Selamat Malam. Saya nak cuba cuba gajet terbaru ni.


Saturday, September 8, 2012

Samsung Galaxy Note 10.1

Samsung Galaxy Note 10.1, membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, 2GB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, ruangan storan sebanyak 16GB bersama-sama sokongan slot mikro-SD.

Ia turut sama didatangkan dengan aplikasi Adobe Photoshop Touch, serta beberapa aplikasi Samsung yang lain. Sokongan telefoni turut sama disertakan bersama-sama dengannya untuk anda membuat panggilan suara dan juga video.

Galaxy Note 10.1 dijual pada harga RM2199 di Malaysia.

Sunday, September 2, 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE 2 DI UMUM SECARA RASMI



Samsung Galaxy Note 2 diumumkan secara rasmi di upacara ‘Samsung Mobile Unpacked 2012′ yang diadakan sempena IFA di Berlin.

Phablet yang dipertingkatkan dari versi asal Samsung Galaxy Note itu mempunyai spesifikasi yang lebih hebat dengan kuasa pemprosesan empat teras 1.6GHz dengan RAM 2GB selain mempunyai kapasiti bateri yang dipertingkatkan sehingga 3100mAh, ianya turut dikuasakan dengan sistem pemprosesan Android versi Jelly Bean ( Android 4.1 ). 

Saiz skrinnya pula ialah 5.5″ dengan skrin jenis HD Super AMOLED dengan nisbah 16:9. Phablet ini didatangkan dengan pilihan memori dalaman 16GB, 32GB dan 64GB disamping sokongan tambahan kad memori. Kamera utama mempunyai resolusi 8 megapiksel dan kamera pendua hadapan mempunyai resolusi 1.9 megapiksel. S Pen phablet ini juga direka lebih panjang, tebal dan lebih ergonamik untuk memberikan lebih keselesaan. Phablet ini didatangkan dengan warna Marble White ataupun Titanium Grey dan akan berada dipasaran pada Oktober.

Samsung turut memperkenalkan beberapa fungsi baru pada phablet ini diantaranya adalah Air View, Pop Up Note, Quick Command, Screen recorder, Easy clip dan Idea Visualizer .

Sunday, August 19, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Friday, August 17, 2012

Samsung Galaxy SIII - Designed for humans

Sebuah peranti terbaru daripada Samsung : Samsung Galaxy S III - Designed for humans. Memang puas hati jika dapat memilikinya. Gajet ini menjadi salah satu gajet pilihan saya pada masa akan datang.

Harga Jualan : RM2199.

Spesifikasi :

Network/Bearer and Wireless Connectivity

GSM, HSPA+21
EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHZ)
HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
WiFi Direct
GAP, SSP, HSP, HFP1.5, A2DP, SPP, OPP, PBAP, MAP, AVRCP 1.3, HID
NFC available
DLNA, MHL 1.0, HDMI 2 support
KIES, KIES Air support

Display

HD sAMOLED
16M
4.8"
720 x 1280 (HD)

Memory

16GB

Color

Pebble blue
Marble White

Services and Applications

Samsung Apps available
dependent on region
Game hub
ChatON available
ActiveSync available
B-to-B Compability : Sybase/Webex/Device encryption/Cisco etc

OS

Android 4.0 (ICS)

Battery

2,100mAh
Yes
Up to 1,300 minutes (2G) / up to 650 minutes (3G)
Up to 900 hours (2G) / up to 750 hours (3G)

Chipset

Quad Core Application Processor
1.4GHz CPU Speed

Connectors

USB2.0
3.5pi 4pole, Stereo
MicroSD (upto 64GB)
MicroSIM
Micro USB available
MHL available

Audio and Video

MPEG4, H.264, H.263, VC-1. DivX, VP8, WMV7/8, Sorenson Spark, DivX3.11
Full HD (1080p) Video Recording & Playback
Recording up to 30fps
MP3, AMR-NB / WB, AAC / AAC+ / eAAC+, WMA, OGG (Vorbis), FLAC, AC-3, apt-X

Physical Specifications

136.6 x 70.6 x 8.6mm
133g

Camera

8 Megapixels Camera Resolution (Rear)
CMOS, 1.9MP
LED (1EA)
Yes
Sensors
Accelerometer, Geo-magnetic,Gyro, RGB Light, Barometer sensor

Location

Assisted GPS / GLONASS available

Sila lihat video dibawah :


Thursday, August 16, 2012

PLUS Beri Rebet 30% Bagi Pengguna Tol Menjelang Sambutan Aidilfitri 2012

PLUS Ekspressway BHD. telah mengumumkan pemberian rebet 30 Peratus bagi pengguna yang menggunakan tol menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang akan menjelang.

Rebet tol 30 peratus hanya diberikan kepada pengguna tol berkaitan pada tarikh di bawah:

15 Ogos 2012 – 16 Ogos 2012
22 Ogos 2012 – 23 Ogos 2012
31 Ogos 2012

Namun, apa yang nak diherankan.Inilah dunia perniagaan. Dan Rebat tol tersebut hanya diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

Bagi pengguna lebuhraya yang menggunakan wang tunai, tiada keistimewaan buat anda.Rebet tol juga hanya boleh dituntut di Pusat Perkhidmatan PLUS hanya bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2012, apabila meeka menambah nilai kad eletronik mereka.

Sunday, August 12, 2012

SENARAI HARGA BARANG KAWALAN UNTUK AIDILFITRI 2012

1. Ayam hidup (RM5.70)

2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)

3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)

5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)

6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)

7. Daging kerbau import India (RM13.50).

8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)

9. Telur gred B (RM0.34 sen)

10. Telur gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)

12. Cili merah (RM10.00)

13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)

15. Kacang tanah import (RM6.50)

16. Bawang merah kecil India (RM5.00)

17. Bawang besar import (RM2.50)

18. Bawang putih China (RM7.50)

19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00)

Friday, August 10, 2012

(Rayuan) Semakan Keputusan UPU 2012 Bagi Lepasan STPM, Matrikulasi Dan Asas

Keputusan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam tahun 2012 bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal, boleh diketahui hari ini mulai 12 tengah hari.

Calon yang ditawarkan ke tempat pengajian tinggi kali ini, adalah merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.

Untuk semakan, anda boleh menggunakan cara-cara seperti di bawah:
Menerusi Talian Hotline
  • 03-8870 6767
  • 03-8870 6777
  • 03-8870 6755
  • 03-8870 6766
Semakan melalui SMS
  • Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Semakan Melalui Laman Web http://upu.mohe.gov.my

Iklan Hari Raya 2012 Daripada Bernas

Video iklan hari raya daripada Bernas ini, mengisahkan cerita sayu mengenai dua orang kanak-kanak istimewa, Fizi dan Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Segamat bagi mengziarahi kubur arwah ibu mereka.Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa mereka tempoh untuk dapat pulang ke kampung mereka di Segamat.
Memang iklan terbaik.

Saksikan video dibawah

Tuesday, August 7, 2012

Samsung Galaxy Note 10.1 akan berada dipasaran tidak lama lagi



Samsung Galaxy Note 10.1 bakal dilancarkan secara rasmi pada 15.8.2012.
Menggunakan teknologi quad-core 1.4GHz Exynos processor dengan 2GB of RAM. Juga terdapat S-Pen stylus, seperti terdapat pada Galaxy Note.

Boleh lihat video dibawah. Memang hebat Galaxy Note 10.1. Sebuah gajet yang perlu dimiliki. 


Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei tewas

Harapan Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah selepas Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan 21-15,10-21 dan 19-21 pada perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki di Wembley Arena.

Friday, August 3, 2012

CADANGAN IMBUHAN PERUMAHAN DISELARAS, FAEDAH PINJAMAN RUMAH 1 PERATUS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Wednesday, July 25, 2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.


Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.


Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.


Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.


Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.


"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.


Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Friday, July 20, 2012

Nokia Lumia 900



Nokia Lumia 900 merupakan peranti paling nipis dalam keluarga telefon pintar Lumia yang memiliki keistimewaan tersendiri.


Tampil dengan reka bentuk yang lebih anggun, gajet ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna melalui skrin sentuh seluas 4.3 inci. Menggunakan teknologi paparan AMOLED dengan teknologi ClearBack dan kaca Corning Gorilla, ia memastikan visual pandangan mata yang kapasitif walaupun di bawah sinar matahari yang cerah.


Lumia 900 merupakan salah satu peranti berspesifikasi tinggi yang dijana sistem operasi Windows Phone dan bersifat tahan lasak.


Gajet ini didatangkan dengan cip pemprosesan 1.4GHz, kamera belakang 8 mega piksel dan juga bateri 1830mAh. Ia turut mempunyai kamera hadapan yang berkualiti tinggi sekali gus membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah melaluinya.


Aplikasi khas Nokia seperti fungsi navigasi dan juga Nokia Maps turut disertakan. Lebih menarik, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan Internet Tethering.


Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

Tuesday, July 17, 2012

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012



Untuk download atau save jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan anda, anda cuma perlu klik perkataan DOWNLOAD yang tertera dibawah setiap zon atau kawan atau daerah yang tertera. Jadual tersebut berformat PNG dan JPG. Selamat berpuasa.

1. Melaka. DOWNLOAD

2. Johor

Zon 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil. DOWNLOAD

Zon 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan. DOWNLOAD

Zon 3-Daerah Pontian Dan Kluang. DOWNLOAD

Zon 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor. DOWNLOAD

3. Perak

Zon 1- Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim. DOWNLOAD

Zon 2- Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput Dan Kuala Kangsar. DOWNLOAD

Zon 3- Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong. DOWNLOAD

Zon 4- Temengor Dan Belum. DOWNLOAD

Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor. DOWNLOAD

Zon 6- Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar. DOWNLOAD

Zon 7- Bukit Larut. DOWNLOAD


4. Sarawak

Zon 1-Limbang, Sundar, Trusan Dan Lawas. DOWNLOAD

Zon 2-Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Dan Marudi. DOWNLOAD

Zon 3-Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh Dan Bintulu. DOWNLOAD

Zon 4-Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit Dan Song. DOWNLOAD

Zon 5-, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor Dan Rejang. DOWNLOAD

Zon 6-Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban Dan Debak. DOWNLOAD

Zon 7-Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau Dan Meludam. DOWNLOAD

Zon 8-Kuching, Lundu, Bau Dan Sematan. DOWNLOAD

Zon Khas. DOWNLOAD

5. Sabah

Zon 1-Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam. DOWNLOAD

Zon 2-Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah. DOWNLOAD

Zon 3-Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu Dan Kuna. DOWNLOAD

Zon 4-Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan. DOWNLOAD

Zon 5-(Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat.DOWNLOAD

Zon 6-Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M). DOWNLOAD

Zon 7-(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar. DOWNLOAD

Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau. DOWNLOAD

Zon 9-Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang. DOWNLOAD

6. Terengganu

Zon 1- Kuala Terengganu Dan Marang. DOWNLOAD

Zon 2- Besut Dan Setiu. DOWNLOAD

Zon 3- Hulu Terengganu. DOWNLOAD

Zon 4- Kemaman Dan Dungun. DOWNLOAD

7. Kelantan

Zon 1-Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang). DOWNLOAD

Zon 2-Jajahan Jeli Dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam.DOWNLOAD

8. Selangor

Zon 1-Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang. DOWNLOAD

Zon 2-Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor Dan Sabak Bernam. DOWNLOAD

9. Pahang

Zon 1-Pulau Tioman. DOWNLOAD

Zon 2-Kuantan, Pekan, Rompin Dan Muadzam Shah. DOWNLOAD

Zon 3-Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut Dan Bera. DOWNLOAD

Zon 4-Raub, Bentong Dan Lipis. DOWNLOAD

Zon 5-Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi. DOWNLOAD

Zon 6-Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland. DOWNLOAD


10. Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur. DOWNLOAD

Putrajaya. DOWNLOAD

Labuan. DOWNLOAD

11. Perlis. DOWNLOAD

12. Negeri Sembilan

Zon 1-Jempol Dan Tampin. DOWNLOAD

Zon 2- Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah Dan Jelebu. DOWNLOAD

13. Kedah

Zon 1- Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena. DOWNLOAD

Zon 2- Daerah Pendang, Kuala Muda Dan Yan. DOWNLOAD

Zon 3- Daerah Padang Terap, Sik Dan Baling. DOWNLOAD

Zon 4- Daerah Kulim Dan Bandar Baharu. DOWNLOAD

Zon 5- Daerah Langkawi. DOWNLOAD

Zon 6- Puncak Gunung Jerai. DOWNLOAD

14. Pulau Pinang. DOWNLOAD

Monday, July 16, 2012

Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan


Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

Wednesday, July 4, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen Mulai Esok

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran,


Saturday, June 23, 2012

Belasah Guru

Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

“Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau,” katanya.

Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.


Saturday, June 9, 2012

TINGKAH LAKU GURU PENGARUHI SIKAP PELAJAR

1. Tidak menyukai pelajar:-
Menyukai pelajar adalah rahsia untuk menjadi guru yang berkesan kerana pelajar adalah klien guru. Jika tiada klien ini, maka tiadalah guru. Guru perlu memikirkan mengenai kliennya iaitu pelajarnya. Guru yang menyukai pelajar boleh mengenali tingkah laku pelajarnya. Ini bererti menyukai profesion keguruan.

2. Tidak mengetahui atau mengenali pelajar:-
Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru sukar untuk mengetahui nama dan rupa pelajarnya. Apatah lagi jika bilangan pelajarnya ramai. Namun, guru mesti berusaha untuk mengatasi perkara ini. Penggunaan tanda nama dapat membantu guru dalam masalah ini.

3. Melabel pelajar:-
Ada juga guru yang suka memberi gelaran kepada pelajarnya. Elakkan sama sekali memberi gelaran yang negatif. Guru juga perlu mengelakkan menggunakan perkataan yang kotor atau lucah semasa berinteraksi dengan pelajarnya.

4. Menyindir dan memperkecilkan pelajar:-
Guru yang sering menyindir dan memalukan pelajar di hadapan pelajar lain akan dibenci pelajar terbabit kerana tindakan itu akan menjatuhkan maruahnya.

5. Mendera pelajar secara keterlaluan:-
Walaupun peraturan sekolah menetapkan denda atau hukuman akan dikenakan atas pelanggarannya, namun jangan lakukan secara keterlaluan. Pelajar akan menjadi takut yang boleh mengakibatkan berlakunya ponteng sekolah dan membenci guru.

6. Pagar makan padi:-
Amanah yang dipikul guru adalah besar. Guru bukan sahaja mendidik tetapi juga menjaga maruah serta keselamatan pelajarnya. Kejadian sumbang seperti berkhalwat, mencabul dan menodai pelajar perlu dielakkan.

7. Terlalu garang:-
Guru yang terlalu garang menjadikan pelajar sentiasa gelisah dan takut. Ramalan-ramalan yang negatif dari pelajar akan berlaku apabila guru yang terlalu garang masuk ke dalan kelasnya untuk mengajar.

8. Pilih kasih:-
Layanan yang sama rata wajar diberikan oleh guru kepada pelajarnya. Jangan memberi layanan yang lebih semata-mata pelajar itu pandai atau rupa yang menarik. Pelajar yang kurang pandai juga perlu diberi bimbingan dan didikan.

Thursday, June 7, 2012

JADUAL PERLAWANAN EURO 2012

8 Jun – 11:55 malam
POLAND vs GREECE


9 Jun – 02:45 pagi
RUSSIA vs REP CZECH



9 Jun – 11:55 malam
BELANDA vs DENMARK



10 Jun – 02:45 pagi
JERMAN vs PORTUGAL



10 Jun – 11:55 malam
SEPANYOL vs ITALI



11 Jun – 11:55 malam
PERANCIS vs ENGLAND



11 Jun – 02:45 pagi
IRELAND vs CROATIA


12 Jun – 02:45 pagi 
UKRAINE vs SWEDEN



13 Jun – 02:45 pagi
POLAND vs RUSSIA


13 Jun – 11:55 malam
GREECE vs REP CZECH



13 Jun - 11.55 malam
DENMARK VS PORTUGAL


13 Jun – 02:45 pagi
BELANDA vs JERMAN



14 Jun – 02:45 pagi
SEPANYOL vs IRELAND


14 Jun – 11:55 malam
ITALI vs CROATIA



15 Jun – 11:55 malam
SWEDEN vs ENGLAND


16 Jun – 02:45 pagi
UKRAINE vs PERANCIS



17 Jun – 02:45 pagi
GREECE vs RUSSIA


17 Jun – 02:45 pagi
REP CZECH vs POLAND




17 Jun - 02.45 pagi
PORTUGAL VS BELANDA


17 Jun - 02.45 pagi
DENMARK vs JERMAN




18 Jun – 02:45 pagi
CROATIA vs SEPANYOL




18 Jun – 02:45 pagi
ITALI vs IRELAND




20 Jun – 02:45 pagi
ENGLAND vs UKRAINE




20 Jun – 02:45 pagi
SWEDEN vs PERANCIS

Wednesday, June 6, 2012

HARGA MINYAK RON 97 TURUN

Kerajaan bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Saturday, June 2, 2012

10 amalan harian menjadikan hidup anda lebih baik


1. Kurangkan terperusuk dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. Sumber dari "Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability" : Psychological Science.

2. Jangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manafaatnya tapi hampir semua orang tak perduli untuk amalkan. Sedangkan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenanm selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia hidup yang sihat.

3. Jangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kebahagian hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis.

4. Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas. Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. (sumber: "Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People" from Social Psychological and Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.

5. Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur. Sebagai orang Islam, sia-sia jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu kita. Kajian membuktikan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.

6. Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya. Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang lansung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan masa tidur.

7. Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Laksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.

8. Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah. Ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita meningkat, ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.

9. Sentuh dan belai orang kesayangan anda. Anda tiada anak, segeralah usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Sentuhan membuatkan kita hilang stress, membuatkan kita erat perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia. Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga membuatkan kita panjang umur.

10. Jadilah orang optimis. Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya.

Thursday, May 31, 2012

Guru Wanita Trauma Ingin Bunuh Diri Kerana Dicabul



Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Thursday, May 24, 2012

Menara tertinggi dunia, Tokyo Skytree





Inilah menara paling tinggi di dunia, Tokyo Skytree, yang berukuran setinggi 634 meter di Tokyo, dalam gambar yang diambil oleh agensi berita Kyodo, kelmarin.


Menara tersebut dibuka kepada awam, semalam.

Wednesday, May 16, 2012

24,053 guru lepasan ijazah, diploma naik pangkat

Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Monday, May 7, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:



"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.





BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU

YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Tuesday, May 1, 2012

Memoir Tun M versi bahasa Melayu dilancar

Buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan pada 30.4.2012 selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan.

Buku terjemahan daripada A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad tulisan bekas Perdana Menteri itu dijual dengan harga RM59.90 senaskhah.

Memoir yang mengandungi cacatan cukup terperinci dan menyeluruh bekas Perdana Menteri itu akan dijual di semua kedai buku MPH serta kedai buku utama seluruh negara.

Gaji minimum RM900

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja.

Pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Beliau berkata, satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia. Pekerja swasta harus bersyukur dengan pengumuman oleh PM.

Saturday, April 21, 2012

GAJI SSM 2012 BARU

Semakan Penyata Slip Gaji : Gaji Baru SSM 2012 + Tunggakan Boleh Disemak Mulai Hari Ini. Kakitangan Awam yang ingin menyemak gaji bolehlah klik sini

Wednesday, April 18, 2012

Anugerah Guru Dinamik 2011


Hari ini saya mendapat Anugerah Guru Dinamik 2011 sempena Hari Anugerah Cemerlang.

Memang tidak sangka akan mendapat anugerah ini. Walaubagaimana pun, anugerah ini sedikit sebanyak memberikan saya dorongan dan semangat untuk terus berjuang dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Monday, April 16, 2012

Proton Preve





16.4.2012. Proton Preve dilancarkan secara rasminya. Respon : Wow....Cantik. Proton Preve memang berbaloi untuk dimiliki. Harga bermula serendah RM59,540 sehingga RM72,990.


Harga sebenar

Proton Prevé 1.6 Premium CFE
RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid),

Proton Preve 1.6 Premium IAFM+
RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid).

Proton Preve 1.6 MT Executive
RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid).

Proton Preve ini akan mula berada di semua pusat jualan proton diseluruh negara esok. Jangan lupa tengok kereta terbaru daripada Proton. Kesimpulannya, memang beruntung jika dapat membeli Proton Preve ini.