Saturday, November 28, 2015

Jaga Dia Untukku

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia
(Ulang Korus)



Friday, November 27, 2015

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tampa henti


Tuesday, November 24, 2015

Bonus penjawat kakitangan awam bajet 2016 bulan Januari

Menerusi pembentangan belanjawan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kerajaan bersetuju akan memberikan pemberian khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam atau kakitangan kerajaan.

Manakala pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.

Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016.

Selain kerajaan juga bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam termasuk menetapkan skim gaji minimum dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan. 

Sementara kadar pencen minimum pula akan ditetapkan pada RM950 sebulan membabitkan pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan. 

Disamping itu, Kerajaan juga akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred dan pegawai lantikan Perkhidmatan Kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.


Monday, November 23, 2015

Cara Nak Tahu Lelaki Masih Ada Teruna

Antara ciri-ciri lelaki yang masih teruna ialah :

Mempunyai Perut Yang Mendatar

Lelaki yang masih teruna mempunyai bentuk perut yang mendatar jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang telah hilang teruna atau berkahwin. Ini kerana jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit. 

Mempunyai Punggung Yang Berisi

Bahagian punggung seorang teruna kelihatan berat dan berisi. Mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuatkan punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih teruna.

Mempunyai Kelopak Mata Yang Cerah

Di bahagian bawah kelopak mata seorang teruna adalah cerah. Ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti masturbasi. Sebaliknya jejaka yang sudah tidak teruna memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa aktiviti masturbasi. 

Mempunyai Perasaan Ghairah Yang Terpendam

Seorang jejaka yang tak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam. Biasanya selepas bangun tidur di pagi hari alat kemaluannya akan 'bangun'. Seseorang yang masih teruna akan sering mimpi basah dan jejaka yang sudah tidak teruna tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi. 

Suka Melihat Wanita Cantik

Lelaki teruna suka melihat perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat pada tubuh wanita. Apabila lelaki teruna bertentang mata dengan wanita cantik, dia akan segera mengalihkan pandangannya berbanding lelaki tak teruna mengekalkan pandangannya.

Malu Untuk Becakap Dengan Wanita Cantik 

Apabila berjumpa dengan wanita cantik, lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Dia akan menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.





Semakan MRSM Online 2016 Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1

Tarikh keputusan Tingkatan 1
Akan dikemaskini (dijangka minggu ketiga bulan januari 2016)

Hari
Akan dikemaskini

URL Semakan Tingkatan 1 Online
KLIK : Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1


Semakan secara SMS

MARA MRSM ANGKA GILIRAN seterusnya hantar ke 15888


Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 4

Tarikh keputusan Tingkatan 4

Akan dikemaskini (dijangka minggu ketiga bulan januari 2016)

Hari
Akan dikemaskini

URL Semakan Tingkatan 4 Online
KLIK : Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 4

Semakan secara SMS
MARA MRSM ANGKA GILIRAN seterusnya hantar ke 15888

Sunday, November 22, 2015

So Beautiful Lyrics




Whether I'm right or wrong
There's no phrase that hits
Like an ocean needs the sand
Or a dirty old shoe that fits

And if all the world was perfect
I would only ever want to see your scars
You know they can have their universe
We'll be in the dirt designing stars

And darlin', you know
That you make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be
You make me feel so beautiful

Whether I'm up or down
There's no crowd to please
I'm like a faith without a clause
To believe in it

And if all the world was smiling
I would only ever want to see your frown
You know they can sail away in sunsets
We'll be right here stranded on the ground
Just happy to be found

You make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be
You make me feel so beautiful

I have lost my illusions, I have drowned in your words
I have left my confusion to a cynical world
I am throwing myself at things I don't understand
Discover enlightenment holding your hand

You are
So beautiful

Yeah, darlin', you know
That you make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be
Yeah, you make me feel, yeah, you know, so beautiful

Yeah, darlin', you know
That you make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be
You make me feel so beautiful

Yeah, darlin', you know
That you make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be
You make me feel so beautiful

Yeah, darlin', you know
You are beautiful, you, you are
You are so beautiful

Songwriters
HUCKNALL, MICHAEL JAMES

Published by
Lyrics © EMI Music Publishing, Sony/ATV Music Publishing LLC, Warner/Chappell Music, Inc., Universal Music Publishing Group



Tuesday, November 10, 2015

Cuti sekolah 2016 kalendar takwim penggal persekolahan


KUMPULAN A : SEKOLAH DI KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU

Cuti Pertengahan Penggal 1 
11 Mac hingga 19 Mac

Cuti Pertengahan Tahun 
27 Mei hingga 11 Jun 

Cuti Pertengahan Penggal 2 
9 September hingga 17 September 

Cuti Akhir tahun 
25 November hingga 31 Disember 2016


KUMPULAN B : SEKOLAH DI PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA 

Cuti Pertengahan Penggal 1 
12 Mac hingga 20 Mac 

Cuti Pertengahan Tahun 
28 Mei hingga 12 Jun 

Cuti Pertengahan Penggal 2 
10 September hingga 18 September 

Cuti Akhir tahun 
26 November hingga 1 Januari 2017


Sunday, November 1, 2015

JDT cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai Piala AFC (1-0)





Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahanLiga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, malam ini.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi piala AFC yang disampaikan sendiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih AS$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Lebih manis, kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, manakala kapten Istiklol FC, Vasiev Dilshod dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Januari lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.

Beraksi di atas padang tiruan malam ini, nyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang menguasai babak awal perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol JDT, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol.

Nasib sebaliknya menyebelahi skuad Harimau Selatan yang berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi Velazquez, sekali gus menggembirakan hampir 500 penyokong skuad Harimau Selatan yang turut hadir memberikan sokongan.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan penjuru Safiq yang ditampan keluar penjaga gol tuan rumah, Nikola Stosic sebelum Velazquez meluru sebelum melepaskan rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Istiklol FC kembali memperkemaskan permainan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan JDT diketuai Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Marcos Antonio menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah meneruskan serangan ke arah kubu JDT, dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Dzhalilov Manuchehr Jalilov, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Minoru Tojo dari Jepun selepas Dilshod berada pada kedudukan ofsaid.

Jalilov sekali lagi, berjaya menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun Minoru tidak membenarkan gol berkenaan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. 

SUMBER :  Bernama, 31 Oktober, 2015.