Friday, July 30, 2010

Monday, July 26, 2010

Didik belia cintai alam sekitar


BATU GAJAH - Usaha Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan, di Lahat menarik golongan pelajar untuk mencintai alam dengan pembuatan bebola lumpur ‘Effective Microorganism’ (EM) seharusnya disambut dengan sokongan lebih padu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berkata, usaha itu adalah bagi memastikan kita tidak lagi terkejut dengan fenomena alam yang mampu memusnahkan harta benda dan nyawa manusia.

Menurutnya, usaha warga SMK Pengkalan dalam mengadakan kempen kesedaran alam sekitar wajar dipuji apatah lagi ia adalah sekolah pertama dalam negara yang menjayakan program seumpama itu.

“Tahniah kepada SMK Pengkalan kerana menjadi pelopor kepada sekolah lain dalam usaha mewujudkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong apa jua aktiviti yang mampu memberi kesedaran dalam menjaga alam sekitar malah kita berharap mesej pemuliharaan ini dapat diterapkan dalam kalangan peserta khususnya pelajar,” katanya pada majlis Pembuatan Bebola Lumpur EM SMK Pengkalan.

Hamidah berkata, pihaknya mahukan usaha ke arah itu diteruskan.

“Diharap usaha ini menjadi contoh kepada agensi dan jabatan dalam kerajaan untuk menjalankan aktiviti kesedaran pemeliharaan alam sekitar.

“Melalui inisiatif pelajar itu, kita menggalakkan agar mana-mana pihak dalam komuniti akan turut serta bersama kerajaan negeri menjaga alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Pengkalan, Norhayati Saad berkata, program itu dimulakan pada 23 Julai lalu dan berakhir 1 Ogos depan.

“Pada hari ini kita sasarkan 2,500 biji bebola lumpur dapat dibuat dan sehingga 1 Ogos nanti kita sasarkan kepada 5,500 biji.

“Kesemua bebola lumpur akan dilepaskan di Kinta Riverfront Park bagi tujuan pembersihan malah kami berharap keseluruhan ekosistem sungai ini akan menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk semua hidupan yang ada di sekitarnya,” katanya.

Sumber : Sinar

Sunday, July 25, 2010

Penghasilan Bebola EM Ball di SMK Pengkalan















Bebola EM telah berjaya dihasilkan pada hari ini di SMK Pengkalan. Program ini dirasmikan oleh YB Dato Hamidah bt Osman(Adun Sg Rapat). Tujuan utama program ini adalah untuk menjadikan SMK Pengkalan sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.

Kemuncak Program ini adakan diadakan di Ipoh Riverfront dimana bebola EM ini akan dilontarkan ke Sg Kinta bagi tujuan pembersihan sungai. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar.

Saturday, July 24, 2010

Muflis muda


Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah hutang cukai pendapatan (882 kes), penjamin korporat (4,291 kes), penjamin sosial (3,726), biasiswa atau pinjaman pelajaran (147) dan lain-lain faktor (23,333 kes).


Sumber : B Harian

Thursday, July 22, 2010

Membuat EM MUD BALL Bagi Mengurangkan Pencemaran


1. Bahan-bahan membuat EM Mud Ball


2. Sediakan Cecair EM


3. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM


4. Campuran larutan sehingga rata



5. Campuran untuk dedak dan EM


6. Campur ke tanah merah

7. Campur sehingga rata



8. Mula buat bola lumpur EM

9. Bola lumpur diletak dalam kotak penapaian

10. Tutup bekas

11. Selepas seminggu

12. Bola lumpur EM sedia dipakai


Sumber :mpsp

Wednesday, July 21, 2010

Download free trial Kaspersky 2011 products


Di Laman Web Rasmi Kaspersky anda boleh download percuma untuk sofware percubaan seperti :

1.Kaspersky PURE
2.Kaspersky Anti Virus 2011
3.Kaspersky Internet Security 2011
4.Kaspersky Anti Virus for MAC
5.Kaspersky Mobile Security
6.Kaspersky Password Manager
7. Banyak lagi....

Anda boleh cuba product ini di Free Kaspersky Antivirus .

Tuesday, July 20, 2010

Kaspersky® Anti-Virus 2011



Kaspersky Anti-Virus 2011-menjadi tulang belakang system perlindungan PC anda,menawarkan perlindungan automatik masa nyata dari berbagai ancaman IT. Kaspersky Anti-Virus 2011 menyediakan alat asas yang diperlukan untuk melindungi PC anda. Teknologi canggih Kaspersky menjalankan fungsinya di latar belakang semasa anda menikmati hidup digital anda.

Download Version (1 Tahun)
1 PC [MYR 69.00]
3 PC [MYR 99.00]
5 PC [MYR 149.0

Monday, July 19, 2010

Kaspersky® Internet Security 2011



Kaspersky Internet Security 2011 memiliki segala yang anda perlukan untuk tetap selamat semasa anda melayari web. Perisian ini memberikan perlindungan untuk anda dan keluarga anda-sama ada anda bekerja,membuat urusan perbankan,membeli-belah atau bermain game online.

Tewaskan ancaman siber dengan Kaspersky Internet Security 2011!

Download Version (1 Tahun)
1 PC [MYR 99.00]
3 PC [MYR 149.00]
5 PC [MYR 239.00]

Sunday, July 18, 2010

Celcom Broadband

E Billing
Celcom Broadband akan memperkenalkan E-Billing .

Tariff pilihan:

Pelanggan Celcom Broadband diberi pilihan sehingga 31.7.2010 untuk jenis bil yang diperlukan. Selepas 31.7.2010 pelanggan Celcom perlu membayar sebanyak RM70. Tambahan RM2.00 untuk bil yang dihantar.



Untuk mengelakkan cas tambahan, pelanggan perlu menentukan jenis bil yang akan diterima selepas 31.7.2010 melalui :


1. Datang ke Pusat Celcom yang terdekat
2. Telefon Celcom Centre di 1 300 111 000 atau 1111


Selepas membuat pilihan ke E billing, pelanggan perlu ke www.celcom.com.my/onlinecustomerservice untuk melihat dan mencetak bil sendiri.


Saturday, July 17, 2010

Maya Karin Sah Bercerai


Sumber : mStar online

PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin,31, mengesahkan telah bercerai dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose, Jumaat.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.

Dalam satu mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim oleh pegawai syarikat rakaman Satu Entertainment iaitu Azlin Abas, pasangan tersebut membuat kenyataan bersama berhubung penceraian terbabit.

Menerusi mesej yang dihantar kepada semua media kira-kira 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali meminta agar privasi mereka tidak diganggu.

Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:

"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.

"Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.

Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan mereka untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.

Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, tekaan itu melesat kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.

Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.

Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

Friday, July 16, 2010

Proton Exora MC









Proton Exora MC. MC untuk Minor Change.

Senarai Harga :

■Proton Exora B-Line MT RM58,998
■Proton Exora M-Line MT RM65,998
■Proton Exora M-Line AT RM70,998
■Proton Exora H-Line AT RM76,998

Tuesday, July 13, 2010

Proton Saga 25th Anniversary Edition



Gambar : paultan

Proton Saga 25th Anniversary Edition hanya terhad kepada 25 units dan berharga RM 54,500.

Ciri Tambahan :
Body kit
Seat and Door Trim Finishing Leather (Dark Brown)
Radio head unit CD/MP3 Player
Steering Wheel and gear knob finishing Leather (Black)
Tinted Glass Bronze effect with shield protector
Carpet mat with 25th anniversary logo
Body sticker with tiger stripe
Front bumper - blackout
Radiator grille - blackout
Roof - blackout
Rear tailgate - blackout
Rear mark with 25th anniversary logo (3D)
Signature plaque with serial number
Body color Pearl White


Monday, July 12, 2010

Sepanyol juara Piala Dunia 2010


Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama

Proton Exora 25th Anniversary Edition




Gambar : paultan


The Proton Exora 25th Anniversary Edition berharga RM91,998. Tempahan boleh dibuat mulai 12.7.2010 di semua pusat Proton. Unit ini hanya terhad kepada 25 buah sahaja.


Sunday, July 11, 2010

Pertandingan Bowling



Pertandingan Bowling yang berlangsung di Ipoh Parade pada 10.7.2010 pada pukul 2.30 petang berjalan dengan lancar. Kumpulan penulis mendapat tajaan pakaian daripada Imshaf Enterprise ( Terima kasih ).

Keputusan Perlawanan :
Tempat Ketiga Kumpulan
Tempat Kedua Individu

Thursday, July 8, 2010

Perodua Myvi LE



Perodua Myvi 1.3 Standard AT berharga RM48,600.

Jadual Perlawanan Akhir Piala Dunia Fifa 2010

12/07 02:30 Netherlands vs Spain

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Fifa 2010

Uruguay 2:3 (1:1) Netherlands
Germany 0:1 (0:0) Spain

Tuesday, July 6, 2010

Pertandingan Kawad Kaki KRS Daerah Kinta Utara




Pertandingan Kawad Kaki KRS pada 3.7.2010 di SMK Wira Jaya Ipoh Perak telah berjalan dengan lancar. Selaku pengurus dan jurulatih, penulis berpuas hati dengan pasukan kawad kaki KRS walaupun tidak menang. Penulis berazam untuk memastikan pasukan kawad kaki KRS SMK Pengkalan Ipoh mantap dan menjadi Johan pada tahun hadapan.




Sunday, July 4, 2010

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Fifa 2010


07/07 02:30 Uruguay vs Netherland
08/07 02:30 Germany vs Spain

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Fifa 2010

Argentina 0:4 (0:1) Germany
Paraguay 0:1 (0:0) Spain

Saturday, July 3, 2010

Brazil vs Argentina

Harapan untuk melihat Brazil vs Argentina pada perlawanan akhir berkecai. Brazil kalah di pusingan suku akhir.
Dalam bola..apa apa boleh berlaku.

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Fifa 2010

Netherlands 2:1 (0:1) Brazil
Uruguay 4:2 Ghana