Tuesday, February 2, 2010

Gaji

Pergerakan gaji biasa ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji berikutnya diperingkat yang sama tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

1. Anjakan gaji ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi.

2. Bagi gred lantikan terdapat tiga peringkat gaji, terdapat dua anjakan gaji iaitu anjakan gaji pertama dan anjakan gaji kedua.

3. Bagi gred kenaikan pangkat terdapat dua peringkat gaji, terdapat satu anjakan gaji.

4. Anjakan gaji pertama dipertimbangkan setelah memenuhi lima syarat iaitu :

Sah dalam perkhidmatan

Lulus Penilaian Tahap Kecekapan

Berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun

Tahap Prestasi yang baik (85%)

Diperakukan oleh Ketua Jabatan

5. Anjakan gaji kedua dipertimbangkan setelah memenuhi empat (4) syarat iaitu :

Lulus Penilaian Tahap Kecekapan

Anjakan gaji pertama tidak kurang daripada 1 tahun

Tahap Prestasi yang baik

Diperakukan oleh Ketua Jabatan

6. Bagi gred kenaikan pangkat dengan dua peringkat gaji terdapat satu anjakan gaji sahaja yang boleh dipertimbangkan apabila memenuhi 4 syarat iaitu :

Lulus Penilaian Tahap Kecekapan

Berada di gred kenaikan pangkat berkenaan tidak kurang daripada 1 tahun

Mencapai tahap prestasi yang baik

Diperakukan oleh Ketua Jabatan

2 comments:

  1. apa hukumannya kepada Ketua Jabatan yang tidak mahu mengesahkan jawatan pegawai di bawahnya atas sebab personal walaupun pegawainya sudah melepasi syrt2 JPA?

    ReplyDelete
  2. susah nak jwb soalan CCZ ni...

    ReplyDelete