Tuesday, November 24, 2015

Bonus penjawat kakitangan awam bajet 2016 bulan Januari

Menerusi pembentangan belanjawan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kerajaan bersetuju akan memberikan pemberian khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam atau kakitangan kerajaan.

Manakala pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.

Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016.

Selain kerajaan juga bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam termasuk menetapkan skim gaji minimum dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan. 

Sementara kadar pencen minimum pula akan ditetapkan pada RM950 sebulan membabitkan pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan. 

Disamping itu, Kerajaan juga akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred dan pegawai lantikan Perkhidmatan Kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.


No comments:

Post a Comment