Monday, January 18, 2010

Jom Berhenti Merokok



Terdapat beberapa kaedah untuk membuang tabiat buruk merokok dan ianya bergantung kepada pilihan perokok itu sendiri. Caranya adalah:

1. Berhenti mendadak.
Perokok berhenti daripada mengambil rokok sama sekali seperti yang dilakukan semasa berpuasa. Kaedah ini memerlukan motivasi, ketahanan diri dan kesungguhan yang tinggi.

2. Berhenti beransur-ansur.
Perokok mengurangkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari secara beransur-ansur sehingga ketahap tanpa rokok. Namun begitu, disebabkan faktor-faktor persekitaran dan emosi kaedah ini sering mengalami kegagalan.

3. Menangguh pengambilan.
Perokok menangguhkan pengambilan rokok. Sebagai contoh jika kebiasaannya menghisap sebatang rokok setiap jam, kurangkan kekerapannya kepada sebatang rokok bagi setiap dua jam. Kaedah penangguhan ini disyorkan agar tidak melebihi tempoh dua minggu untuk memberhentikan tabiat buruk merokok sepenuhnya.

4. Penggantian nikotin.
Nikotin merupakan bahan aktif penyebab ketagihan dalam rokok. Bagi mengurangkan kesan gian, perokok boleh mengambil nikotin dalam bentuk lain seperti koyok atau getah kunyah dan sebagainya.

Kesimpulannya...perlu azam yang kuat untuk berhenti merokok. Tepuk dada, tanya selera.

3 comments:

  1. hahahhahaha... sembang boleh....

    ReplyDelete
  2. aku cadangkan ko buat cerita tentang ko kat sekolah... masalah2 yang dihadapi atau sesuati perkara yang berlaku kat sekolah... tapi cerita ko le.. jangan cita pasal org lain lak..

    ReplyDelete
  3. aku ada buat contest.. jom join..

    ReplyDelete