Saturday, October 23, 2010

Kalau Guru


Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah pelajar yang kerang ajar

Kalau guru tak bersedia
Didalam kelas banyak bercerita

Kalau guru kenal pelajar
Diluar sekolah pelajar tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua pelajar dapat dibimbing

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya jadi huruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu marah
Pelajar jadi tak tentu arah

Kalau guru tak suka pelajar
Tidak berkat ilmu diajar

Kalau guru banyak tahu
Bimbinglah dia agar berilmu

Apa guna jagi guru
Kalau fikiran masih bercelaru

Kalau guru tak galak mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah dia dengan kemudahan

Apa guna menjadi pelajar
Kalau masih kurang ajar


Sumber:Wiravip

No comments:

Post a Comment