Monday, April 12, 2010

Lagi Bayi Dibuang...

Mayat bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

Sumber: B harian

RAWANG: Mayat seorang bayi lelaki yang sempurna sifat ditemui mati dibuang dalam sebuah tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dekat sini pada jam 8 pagi tadi.Mayat bayi malang yang dipercayai baru 24 jam dilahirkan itu hanya berbalut akhbar dan beg plastik. Ia ditemui pekerja syarikat kutipan sampah, Mohd Kamil Enoh, 44, ketika memulakan tugasnya pagi tadi.

Beliau berkata, beliau menemui bungkusan berat ketika memilih sampah yang terdapat dalam dua tong yang disediakan kepada penduduk di kampung itu."Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan sampah itu. Setelah dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali."Saya sebak dan mengigil bersendirian. Bayi itu masih bertali pusat dan dibuang bersama urinya yang masih berdarah," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera."Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat. Sehingga kini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya.

2 comments:

  1. CCZ cukup geram macam ni. Kalau dapat ibu yang buang anak ni dengan teman lelaki yang menyebabkan bayi ini dilahirkan tetapi dibunuh..bawa mereka di tengah-tengah khalayak dan sebat. Atas sebab nak seronok tetapi bunuh anak yang lahir disebabkan keseronokan tu..

    ReplyDelete