Wednesday, April 7, 2010

Panduan Tukar Tayar Pancit

Peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit:
1) Jek
2) Wrench
3) Pembuka penutup roda
4) Tayar ganti

Langkah 1
Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta.

Langkah 2
Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya.

Langkah 3
Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut.

Langkah 4
Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan

Langkah 5
Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam.

Langkah 6
Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula.

Langkah 7
Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment