Monday, May 10, 2010

MEB: NAIKKAN GAJI SEJUTA KAKITANGAN AWAM


Sumber : Sinar

KOTA BHARU - Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan pendapatan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat yang berpendapatan tinggi. “Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekali gus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.

“Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui meningkatkan motivasi pekerja. Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat agung tiga tahunan kesatuan perkhidmatan teknik semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam. Awang Adek berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, 80 peratus rakyat di negara ini berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan atau dolar US$7,000 setahun. “Menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat negara ini kepada US$15,000 hingga US$20,000 setahun,” katanya. Beliau secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepada RM45,000 setahun.

No comments:

Post a Comment