Sunday, July 24, 2011

Malaysia kalah 3 - 5 di Singapura

Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama.

Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

No comments:

Post a Comment