Tuesday, May 1, 2012

Gaji minimum RM900

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja.

Pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Beliau berkata, satu mekanisme juga akan disediakan supaya pelaksanaan gaji minimum tidak membebankan majikan dan merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia. Pekerja swasta harus bersyukur dengan pengumuman oleh PM.

No comments:

Post a Comment