Friday, July 20, 2012

Nokia Lumia 900



Nokia Lumia 900 merupakan peranti paling nipis dalam keluarga telefon pintar Lumia yang memiliki keistimewaan tersendiri.


Tampil dengan reka bentuk yang lebih anggun, gajet ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna melalui skrin sentuh seluas 4.3 inci. Menggunakan teknologi paparan AMOLED dengan teknologi ClearBack dan kaca Corning Gorilla, ia memastikan visual pandangan mata yang kapasitif walaupun di bawah sinar matahari yang cerah.


Lumia 900 merupakan salah satu peranti berspesifikasi tinggi yang dijana sistem operasi Windows Phone dan bersifat tahan lasak.


Gajet ini didatangkan dengan cip pemprosesan 1.4GHz, kamera belakang 8 mega piksel dan juga bateri 1830mAh. Ia turut mempunyai kamera hadapan yang berkualiti tinggi sekali gus membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah melaluinya.


Aplikasi khas Nokia seperti fungsi navigasi dan juga Nokia Maps turut disertakan. Lebih menarik, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan Internet Tethering.


Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

No comments:

Post a Comment