Sunday, August 31, 2014

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan 2014


Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta" adalah Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dinyanyikan oleh Bob Yusof, lirik lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagunya dicipta oleh Sharon Paul. Tema kemerdekaan Malaysia 2014 di ambil daripada baris lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Lagu ini dipilih kerana ianya dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara di dalam jiwa rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang.

Pada tahun ini, Logo Merdeka 2014 dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dihasilkan oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Merdeka...Merdeka...Merdeka

No comments:

Post a Comment