Friday, June 18, 2010

Semakan Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010/2011

Seramai 40,506 calon lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Setaraf dengannya telah ditawarkan tempat di IPTA. Calon-calon boleh mula membuat semakan mengenai status permohonan kemasukan ke IPTA sama ada secara panggilan telefon, khidmat pesanan tingkas (SMS) ataupun atas talian (online) bermula jam 12 tengah hari Jumaat ini (18 Jun 2010).

Cara-cara untuk membuat semakan status permohonan kemasukan ke IPTA:

1. Semakan secara online di tiga laman web rasmi iaitu:

(a) http://jpt.uum.edu.my/

(b) http://www.jpt.utm.my/

(c) http://upu.mohe.gov.my/

2. Semakan secara menghubungi talian hotline 03-88835858 dan helpline 03-88835848

3. Semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS): – taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar SMS ke 15888.
Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya akan mula dikeluarkan bermula hari Sabtu ini sementara bagi calon yang gagal aplikasi e-rayuan akan mula dibuka pada pukul 12 tengah hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment