Friday, November 26, 2010

Facebook


Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook. Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.

Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

No comments:

Post a Comment