Tuesday, February 7, 2012

Kemaskini Nokia Belle Bermula Dari Hari Ini



Sehari lebih awal daripada apa yang disasarkan, hari ini, Nokia telah pun mengeluarkan kenyataan, yang mana Nokia Belle sudah pun boleh dikemaskini bermula daripada hari ini, dimana ianya akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat. Para pengguna Nokia N8, E7, X7, C6-01, C7, dan Nokia Oro boleh memuat-turunnya, manakala untuk Nokia 500 ia akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.


Nokia Belle merupakan pejenamaan semula daripada Symbian Belle, dan merupakan kemaskini kepada Symbian Anna. Melaluinya, ia membawakan beberapa penambahan untuk mengubah mengikut pelbagai cita-rasa, membawakan lebih daripada 6 skrin utama untuk memaparkan aplikasi dan perkhidmatan kegemaran. Bersama-sama dengan itu, ia juga memberikan sedikit nafas baru kepada antaramuka perisian tersebut.


Untuk mengemaskini, para pengguna peranti Nokia yang sedia ada boleh menyambungkan telefon pintar mereka bersama komputer, dan mengemaskininya menggunakan Nokia Suite 3.3 atau yang terkini.

No comments:

Post a Comment