Thursday, March 3, 2011

Surat pemberhentian 13,000 guru sandaran ditarik balik

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat permintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat. – Bernama

No comments:

Post a Comment