Wednesday, March 17, 2010

Apa itu GST

GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.

Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.

GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

3 comments:

  1. Baguslah penerangan AFA..Habis sekarang kenapa pembangkang bising-bising pula?

    ReplyDelete
  2. Rakyat tidak dapat input sebenar tentang GST. So..pembangkang ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  3. Tindakan Kerajaan BN nak senangkan rakyat, kerja pembangkang lah nak sabo.

    Itu, MP Pokok Sena di Kedah, gila2 cakap dalam Parlimen tak setuju dengan pelaksanaan GST. Dia rasa, apabila Kerajaan BN laksana, rakyat akan suka pada BN dan tak suka pada pembangkang.

    ReplyDelete