Friday, October 29, 2010

Nokia C3

Nokia C3, sebuah telefon bimbit ringkas dengan papan kunci QWERTY, selain sokongan penuh WiFi untuk memudahkan anda melayari internet dengan mudah pada skrin 2.4″, serta kamera terbina 2-megapixel dan diintegrasikan sepenuhnya bersama-sama dengan Ovi Store untuk anda memuat-turun sebaran aplikasi dan lagu dengan mudah.

Melalui Nokia C3, ianya mengutamakan hubungan anda bersama rakan-rakan melalui rangkaian sosial dan sebagainya, dimana ianya dibangunkan dengan tujuan untuk anda mudah berhubung dengan mereka yang dari pelbagai rangkaian melalui satu lokasi yang sama. Pada masa yang sama dengan rekabentuk QWERTY, ianya memudahkan anda menaip dengan pantas, serta berinteraksi dengan yang lain dengan mudah.

Harga : RM 425-RM 500

No comments:

Post a Comment