Tuesday, October 26, 2010

Kuda Terkecil Di Dunia



Seekor kuda bernama Bella Contessa merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3 sentimeter (cm) dan seberat 25.4 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.

Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith di DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat

Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing.

Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7sm hingga 55.9sm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97 kg.

No comments:

Post a Comment