Monday, October 11, 2010

Umur Persaraan Kekal 58 tahun

Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.

Ulasan :

Penulis memang setuju umur persaraan kekal 58 tahun. Beri peluang kepada generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.

No comments:

Post a Comment