Friday, August 12, 2011

Langkah Bijak Kerajaan Malaysia : PM tetapkan suhu pendingin hawa di bangunan kerajaan

Permulaan ke arah penjimatan tenaga perlu disokong semua pihak. Saya menyokong langkah ini. Sila baca seterusnya...

Semua bangunan kerajaan akan diarahkan untuk menetapkan suhu pendingin hawa dalam bangunan masing-masing tidak kurang daripada 24 darjah celsius sebagai langkah penjimatan tenaga, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, langkah kecekapan penggunaan tenaga itu akan berkuat kuasa selepas surat pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perdana Menteri mengarahkan sebagai satu langkah yang bijak kecekapan penggunaan tenaga, semua bangunan kerajaan diminta menetapkan suhu (pendingin hawa) bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius.

"Kecuali bagi tempat-tempat khas seperti hospital yang memang memerlukan paras suhu yang rendah,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Langkah ini dapat menjimatkan keseluruhan bil elektrik sesebuah bangunan kerajaan.


No comments:

Post a Comment